Hari Kesihatan 2013

IMG_00000182

Minggu lepas, PUSPANITA RTM telah mengadakan Hari Kesihatan 2013 bertempat di Foyer Wisma Radio. Selalunya aku tak berapa ambil kisah sangat aktiviti yang mereka anjurkan. Tetapi bila dikhabarkan adanya aktiviti menderma darah, semangat untuk berbuat demikian sangat tinggi. Kali terakhir aku menderma adalah pada bulan Oktober tahun lepas. Sudah setahun pun ia berlalu.

Penuh semangat aku ke tapak acara ketika waktu rehat. Orang belum berapa ramai kerana rata-rata mengerumuni tapak jualan dan pemeriksaan kesihatan percuma. Pantas aku mengisi borang dan menyerahkan kepada pegawai perubatan yang bertugas. Agak kecewa kerana aku tidak dibenarkan menderma kerana baru lepas bersalin. Pantas aku tanyakan bilakah aku boleh menderma kembali. “Setahun lagi baru boleh, Puan..” Alahai…terkandas niat di situ.

Kerana misi gagal, aku menuju ke ruang pemeriksaan kesihatan pula. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Aku memeriksa dibahagian yang berbayar kerana kalau pergi ke hospital swasta kos pemeriksaan sebegitu akan dikenakan bayaran RM 500. Untuk hari itu, sesiapa yang berminat hanya dikenakan bayaran RM 50 untuk 15 jenis pemeriksaan kesihatan.

Secara keseluruhan, aku tak cukup mineral, semua jenis vitamin, hampir darah tinggi dan stress. Itu masalah alami untuk semua manusia, cuma kadar keseriusan saja berbeza. Selepas mendapat khidmat nasihat doktor, aku mulai secara perlahan mengubah corak pemakanan. Kurangkan minyak, makanan laut dan kurangkan gula. Aku juga disaran minum 3-5 liter air mineral sehari. Terangkat kening Ziana Zain di situ. Memandangkan usia semakin meningkat, aku akur dan mengamalkan apa yang mampu.

Panjang juga sessi soal jawap aku bersama doktor. Mungkin hormon berterabur kerana faktor baru melahirkan anak. Cuma aku tersengih kecil bila doktor memberitahu aku pesakit pertama mempunyai pengetahuan tentang jenis darah aku dan pola pemakanan untuk jenis darah sedemikian. Itu baru sikit doc..belum aku hemoglobin membebel-bebel lagi 🙂

Apapun untuk tempoh 2 minggu ini sedaya upaya aku mengawal pemakanan terutama pengambilan karbohidrat. Bukannya apa, nak konvo..biarlah nampak comel sikitkan….

Ini belum ramai lagi..
Ini belum ramai lagi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...