Pengucapan Awam Yang Berjaya..

image

Hari kedua kursus QA. Aku bangun sangat awal. 3.00 pagi aku terjaga dari mimpi. Mimpi itu memaksa aku bangun untuk semak keputusan peperiksaan. Syukur,aku lulus. Mata seakan segar,aku paksa lelap kembali supaya siangnya aku tidak mengantuk dalam kelas.

Jam 5.45 pagi aku terjaga dan menyiapkan diri. Lagak isteri mithali aku siapkan sarapan buat suami. Menjelang 7.20 pagi, keluar rumah untuk ke INTAN. Kereta seakan over heat,aku mulai seram. Jalam sesak macam puaka dan aku harus tiba awal untuk melakukan pengucapan awam yang pertama. Mujur sempat sampai dan bersedia dengan slide yang gigih aku siapkan semalam.

Aku berucap tentang Bou Meng dan Penjara S-21. Aku rasa ia satu topik yang menarik dan memandangkan ingatan tentang isu ini sangat kuat,baik aku cakap pasal benda yang aku suka. Kesungguhan untuk belajar “Study in Genocide” makin tebal..

Syukur,ia berjalan lancar. Walaupun sedikit gugup,aku paku itu semua. Ada 28 hari lagi untuk tabah di kursus ini..

Cambodia Epiphany : Bou Meng Book

Akhirnya aku berjaya menghabiskan membaca buku Bou Meng. Ini semua gara-gara terasa sentap dengan Farah yang mengatakan dia sudah habis membaca buku tersebut. Aku sebenarnya tak punya masa yang sesuai untuk membaca bahan bacaan serius seperti buku Bou Meng ini.

Akhirnya detik itu tiba jua. Beberapa hari lepas, dengan penuh kegigihan aku membacanya. Sebelum itu, aku mengambil mood dengan melihat kembali gambar-gambar di Cambodia, terutamanya gambar di Killing Field, Muzium Tuol Sleng dan gambar aku bersama Bou Meng. Bila mood sudah ada, tanpa lengah aku memulakan pembacaan, ditemani Adeq yang sedang sibuk menonton Charmed Season 8.

Cerita bermula dengan riwayat Bou Meng dari zaman kanak-kanak di mana dia mendapat mendidikan awal di pagoda. Dari situ, bakan melukis yang ada pada dirinya dibentuk sampailah dia di alam remaja dia belajar melukis dengan seorang pelukis terkenal (di zaman beliau) di Cambodia. Bou Meng gemar melukis gambar hitam putih. Dia akhirnya mendirikan rumah tangga dengan Ma Yoeun dan menyara hidup keluarga dengan menjadi pelukis poster filem. Di zaman itu, kesedaran tentang politik dan pergerakan komunis tidak begitu diendahkan. Sampailah ketika satu hari dia mendengar radio, Raja Sihanaouk menyeru rakyatnya bangkit dalam satu revolusi politik. Kala itu, Bou Meng dan isterinya secara sukarela hidup dihutan dan membantu pergerakan tersebut.

Kemenangan sementara yang disangka membawa kepada penyatuan Khmer merupakan mimpi ngeri buat Bou Meng bila dia dituduh menjadi agen CIA dan dipenjarakan di S-21. Jujurnya, Bou Meng sendiri tak tahu apakah itu CIA dan dia diseksa dengan kejam oleh rejim Pol Polt. Juga dinyatakan bagaimana kebolehkan beliau melukis potret Pol Polt akhirnya berjaya menyelamatkan nyawanya dari dibunuh.

Aku tak tipu bila aku katakan, buku ini sangat tragis dan menyentuh hati. Walaupun diceritakan dengan “tidak begitu cemerlang” oleh penulis buku, tapi imaginasi dan gambar-gambar yang aku lihat di Muzium Tuol Sleng menjadikan gambaran cerita Bou Meng jelas. Aku sendiri berpeluang bertemu Bou Meng dan aku tak dapat bayangkan betapa seksanya hidup 4 tahun dalam pemerintahan¬† Pol Polt. Aku naik darah mengenangkan semua pemimpin tertinggi menyalahkan antara satu sama lain atas kematian 1/4 populasi Cambodia. Duch yang menjadi ketua penjara S-21 juga seakan menafikan mengetahui tahanan dibunuh,diseksa dan ditanam beramai-ramai. Pol Polt mati sakit tua – itu gone case. Tapi penderitaan mangsa dan waris-waris tetap merah sampai hari ini.

Ya, menitik airmata aku bila membaca perenggan Bou Meng dibenarkan bertanya soalan pada Duch. Katanya, dia hanya ingin tahu di mana isterinya dibunuh supaya dia dapat memberikan penghormatan pada isterinya. Juga bila dia mengatakan dia bermimpi berjumpa isteri dan 2 anaknya yang memohon pembelaan atas kematian mereka.

Apapun, buku ini adalah satu bacaan yang sangat berguna dan terkesan pada jiwa yang memahami. Jika ke Cambodia, cari dan bacalah. Semoga tragedi sebegini tidak akan berulang lagi di mana juga sudut dunia.

Cambodia:Muzium Tuol Sleng aka Penjara S-21

Pengalaman di The Killing Field pagi itu seolah-olah memberi bayangan tentang apa yang bakal aku rasa di muzium ini. Penjara S-21, dahulunya merupakan sekolah 4 bangunan yang digunakan sebagai penjara oleh rejim Pol Pot. Bangunan ini kemas terpelihara, namun ribuan kisah derita terpahat didalamnya.

Di sini, semua tawanan diseksa, dipasung dan dipaksa mengaku atas semua pertuduhan yang dihadapkan –¬† walaupun tuduhan itu tidak benar. Mudah cerita, seiapa yang di tahan di sini penghujungnya adalah mati. Jujur cerita, aku hanya masuk di 2 blok sahaja. Yang lagi dua, aku masuk sekejap dan keluar balik. Minta maaf…aku sangat depressed di sini. Aku tak dapat bayangkan betapa seksanya mangsa diperlakukan begitu oleh kader rejim Pol Pot. Setiap kali aku pandang gambar mangsa-mangsa yang penuh disetiap blok, setiap kali itu jugalah aku harap ini semua hanya cerita palsu tetapi hakikat sisa temulang dan tengkorak yang bersusun di sini menidakkan semua harapan itu.

***

Ini adalah “The Gallows”.. Tiang ini dahulunya digunakan oleh pelajar sekolah untuk aktiviti senaman. Sekarang, perhatikan 3 tajau besar itu. Dizaman rejim Pol Pot, tiang ini digunakan untuk menyeksa tahanan dengan cara menggantung mereka secara terbalik – kaki di atas dan kepala dibawah. Tahanan akan disebat dan dipaksa mengaku salah. Sekiranya mereka enggan, mereka akan diseksa sehingga pengsan. Ketika itu, kepala tahanan akan dimasukkan ke dalam tajau yang berisi air limbah sehingga mereka sedar. Setelah itu, mereka akan diseksa dengan cara yang sama sampailah pengakuan bersalah dicatatkan. Babi babi babi kejam!

Semalam, Duch – orang kuat Pol Pot dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Jenayah Perang Kemboja. Berita ini aku ambil dari Utusan.

PHNOM PENH 3 Feb. – Bekas ketua penjara ketika era Khmer Rouge, Kaing Guek Eav (gambar) dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dalam satu kes rayuan di mahkamah jenayah perang Kemboja, tribunal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini.

Mangsa yang terselamat daripada pemerintahan rejim, menyambut baik keputusan mahkamah itu, yang meningkatkan hukuman penjara daripada 30 tahun yang diputuskan pada 2010 kepada penjara seumur hidup atas kesalahan jenayah perang dan kemanusiaan.

Menurut hakim, hukuman sebelum ini terhadap bekas ketua penjara S-21 yang bertanggungjawab di atas kematian 15,000 tahanan di penjara itu tidak ‘berpatutan dengan jenayah yang telah lakukannya pada lewat 1970-an’.

“Jenayah yang dilakukannya jelas merupakan antara rekod kekejaman kemanusiaan terburuk dalam sejarah.

“Dia seharusnya menerima hukuman paling berat,” kata Presiden badan rayuan tertinggi mahkamah itu.

Dengan memakai baju putih dan jaket kuning, Duch, 69, yang duduk di kandang tertuduh kelihatan tidak memberikan sebarang reaksi ketika keputusan dibacakan.

Dia sebelum ini merayu dibebaskan kerana kesalahan yang dilakukannya itu adalah atas arahan pihak atasan, tetapi pendakwa raya turut mengemukakan rayuan dengan menyatakan hukuman sebelum ini tidak memadai.

Keputusan kali ini disambut baik oleh beratus-ratus rakyat Kemboja, termasuk sami-sami dan warga emas yang terselamat daripada kekejaman rejim Khmer Rouge dari 1975-1979, yang berhimpun di galeri awam di mahkamah itu.

Duch adalah kader Khmer Rouge pertama yang dihadapkan ke tribunal PBB itu. – AFP

Cambodia:The Killing Field..

Stupa..

Killing Field dahulunya ialah tapak perkuburan cina yang digunakan oleh rejim Pol Pot sebagai tempat terakhir bagi tawanan penjara S-21 sebelum riwayat mereka dihabiskan di sini. Ia juga tempat di mana lubang digali dan ratusan ditanam beramai-ramai sama ada hidup-hidup atau sudah dipenggal kepalanya. Bayangkan..rejim sialan ini menggunakan cangkul,sabit,parang,kapak dan senjata lain sebagai alat seksaan..

Sekitar 8.30 pagi aku mampir di sini. Aku dan Hadi adalah pengunjung pertama hari itu. Tiket masuk berharga USD 2 kerana kami tidak menggunakan audio guide. Topi Blackberry putih yang sering aku pakai tersimpan dibeg sandang, sebagai tanda hormat buat mangsa-mangsa di Killing Field ini. Fedora Hadi juga begitu.. Aku juga tidak berseluar pendek atas alasan di atas. Kerana itu aku rasa jijik dengan seorang pengunjung yang berseluar pendek macam nak terkeluar ci**p dan bersinglet spaghetti. Malulah..orang barat pun tahu adab pergi kubur.

Menara atau stupa tersergam indah. Namun didalamnya diisi timbunan temulang,tengkorak,gigi dan pakaian terakhir mangsa pembunuhan kejam tanpa perikemanusiaan. Tenggorak diasingkan mengikut jantina dan umur. Aku bertafakur seketika dan Al-fatehah aku sedekahkan buat mangsa yang beragama islam..

Di sini ada wifi. Kerana itu aku kerap updates apa yang aku nampak dan rasa, sebab kalau boleh aku mahu kawan-kawan semua rasa apa yang aku rasa. Bulu roma aku sentiasa meremang dikawasan ini. Lagi pula,aku boleh merasa adanya entiti lain walaupun tiada kelebihan untuk melihatnya.

Bashing Tree..

Ini pokok di mana bayi dihempas ke sini. Ya,begitulah cara bayi dibunuh. Ia bukan propaganda kerana ada saksi yang menyaksi dan mengesahkan cerita ini. Tentu ada yang tertanya, takkan tergamak mereka buat begitu pada bayi yang tidak tahu apa. Ada satu quote oleh Pol Pot yang kurang lebih berbunyi begini – hidup pun takde guna, kalau mati pun tak beri kesan apa..

Jangan ingat rejim yang melakukan seksaan di sini orang dewasa sahaja. Ada remaja dari usia 13 tahun telah direkrut dan didoktrin pemikiran mereka hingga tergamak membunuh ibubapa sendiri.

Magic Tree

Ini pula ialah “Magic Tree”. Pokok besar ini punya ceritanya sendiri. Untuk mengelakkan tahanan lain mendengar jeritan terakhir mangsa-mangsa sebelum menemui ajal,speaker dipasang dipokok ini bagi menenggelamkan bunyi itu. Pokok ini masih teguh berdiri..

Perasaan aku di sini sangat kusut. Aku hiba..aku hampir menangis,aku menangis dan aku dilanda sayu sepanjang masa. Terutama bila aku sampai di satu mass grave. Ditemui 150 mayat di sini – wanita dan kanak-kanak yang kesemuanya tanpa pakaian! Mass grave terbesar mencatatkan penemuan 450 mayat dalam satu lubang.

Sangat kejam!

Sebelum kembara di sini berakhir, kami menyaksikan dokumentari The Killing Field. Sangat sedih..Semoga kekejaman dan kegilaan sebegini tidak akan berulang lagi.

Antara Mass Grave di sini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...