How I Met Your Mother Season Finale : The Magician’s Code

image

Akhirnya dapat juga aku tengok episod ini tadi. Ramai rakan-rakan yang sudah tengok memberikan komen sesuatu yang lain dari telahan tentang bakal isteri Barney diakhir episod akan membuat kita berkata-damn…damn…damn…macam lagu Avril Lavigne.

Apapun,aku bersyukur sebab episod finale ini aku saksikan dalam keadaan aku sedang berbadan dua. Aku masih ingat bila episod Symphony of Illumination aku tengok dalam keadaan aku tengah intensif membuat rawatan di PPUM. Ketika itu semuanya samar dan aku mudah mengandalkan nasib Robin seakan bayangan nasib kami masa depan. Berminggu-minggu aku murung sebab episod itu saja!

Lily dan Marshall mendapat anak lelaki yang diberi nama Marvin Wait-for-It Eriksen. Memang unik dan ohsem! Dr. Sonya adalah alasan aku dan Hadi menghalalkan semua keteringinan makan yang ada. Favourite quote kami ialah “just a little bit”. Menyaksikan kesukaran Lily bersalin sedikit menakutkan, tapi semuanya indah untuk Lily dan Marshall dengan kehadiran baby Marvin.

Robin meminta Ted menghubungi Victoria kembali. Kenyataan dia aku setuju. Dalam banyak-banyak teman wanita Ted, Victoria lebih serasi untuk membentuk keluarga. Victoria jumpa Ted di bar Mac Larens dengan pakaian pengantin. Ted sepatutnya membawa Victoria ke gereja tetapi diakhir cerita dia membawa Victoria ke satu tempat lain. Ok, ini aku boleh terima sebab Ted dengan Victoria perlu diberi peluang kedua, waaaalaupun tidak tentu menjadi suami isteri.

Barney membuat lawat sengal di lapangan terbang. Dia diminta membuka satu kotak yang kononnya akan dibuka di Hawaii, semasa percutian Barney dan Quin. Barney enggan membuka kotak itu atas alasan – The Magician’s Code. Memang lawak. Akhirnya, dia terpaksa membuka kotak itu dan melamar Quin di situ juga. Aku dah gembira ria dikala itu sebelum di anti klimakskan dengan pengantin sebenar ialah Robin! Aku harap ini adalah perkahwinan lain, dengan orang yang lain. Kalau betul Robin end up dengan Barney, sangat-sangat terjangka. Failed la 🙂 Kesian Quin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...