Laos : Kaeng Nyui Waterfall..

6km sangat..

 

Satu yang aku belajar di sini, jangan percaya dengan papan tanda. Ia selalunya tidak tepat dan mengelirukan. Mungkin aku berperasaan begitu kerana jalanrayanya yang beralun-alun batu bata, pasir, kerikil dan kadangkala tahi lembu menjadi perangkap tanpa mengenal mangsa. Selepas ke Pou Kham Cave dan Blue Lagoon, kami kemudiannya ke Kaeng Nyui Waterfall yang terletak kira-kira 6km dari papan tanda ini. (Chit, aku tergelak kecil menulis frasa kira-kira..)

Jalannya Ya, Allah…sangat teruk! Di tambah hujan subuh tadi menyebabkan lecak teruk. Tapi pemandangan sekeliling menyejukkan perasaan aku kala itu. Jangan merungut sangat. Aku yang pilih perjalanan ini. Redah dengan tabahlah ya, Benny!

6km itu lucu sebab rasanya perjalanan itu sangat jauh. Kemudian bila sampai papan tanda, tulisnya lagi 100 meter, selepas itu lagi beberapa kilometer dan seterusnya sampailah jumpa tol untuk masuk ke kawasan air terjun Kaeng Nyui ini. Kerana kematuan bontot yang teramat, sekali lagi kami memilih untuk berehat dibangsal (sebenarnya aku yang memilih, Hadi sudah sibuk mengambil gambar penjaja di sana.)

Berehat sebentar...sangat nyaman

 

Setelah berehat beberapa minit, Hadi kembali dan memberitahu penjaja di sana menjual tikus dan kelawar bakar.

“What..” aku bingkas bangun. Alang-alang aku bangkit, Hadi mengajak melihat air terjun dari dekat. Ketika lalu dikawasan penjaja, aku mengambil gambar dan memerhati dari dekat apa ke neraka yang mereka bakar…

Wanna bite, anyone?
Siapa makan pasti kentut bau telur tembelang..
Yang tergantung bawah payung itu ialah kelawar bakar..

 

Kemudian macam badak semput aku mendaki untuk sampai ke tempat air terjun. Sekali lagi papan tanda menguji kesabaran aku. Tapi seperti yang aku katakan, kesabaran itu diganti dengan suasana yang sangat cantik dan nyaman, iaitu Air Tejun Kaeng Nyui!

Alhamdulillah...sampai juga
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...