Senarai Semak Hari Raya

1. Mandi Sunat Hari Raya..
2. Sembahyang raya
3. Ziarah kubur arwah abah yang amat dirindui..
4. Sessi salam raya dan merayu Hadi maafkan dosa dunia akhirat
5. Sarapan pagi dgn membaham nasi impit,rendang dan kuah kacang mama yg subhanallah sedap sungguh.
6. Raya dan reunion Zabarian kat rumah Areen.
7. Packing baju dan barang-barang untuk pergi Cherating.
8.Pergi Cherating!
9. Mandi kolam-mandi laut-makan-mandi kolam-mandi laut-makan
10. Acara bebas
-sessi membalas sms
-load gambar dalam Facebook
-update blog
-agenda lain yang munasabah

Kerana Jarimu Begitu Berharga Untuk Mengundi

Foto KDN

Masa kecik-kecik dulu boleh dikatakan semua orang pernah ada pengalaman main mercun. Apalah raya kalau tiada bunyi mercun dan bunga api kata mereka. Samalah tu..aku setuju sebab masa remaja dulu pun aku akan usaha mencari bunga api cap kucing ataupun mercun pop-pop.

Perang mercun itu sejarah. Taman A tembak Taman B. Bunyi paling kuat tu kira menanglah. Aku takde pengalaman buat mercun sebab kimia tak pandai. Tambahan buluh pun susah nak jumpa. Selalunya kalau main bunga api arwah abah dan mama ada sama-sama. Pun begitu, malang memang berbau. Berbau hangus dan bau terbakar. Adik aku yang seorang tu pernah matanya kena percikan api. Nasib tak buta.

Agak sedih membaca berita kanak-kanak putus jari akibat main mercun. Lebih sedih ada satu kes dulu anak mati sebab bapak buat stor mercun dalam rumah,tak ingat tahun bila.

Kemalangan akibat mercun satu berita epik. Ia sama macam kemalangan masa hari raya dan simbah asid. Juga sama kalau musim ular sawa masuk rumah. Maka pada musim itu semua akhbar akan bawa tajuk yang sama.

Susah meletakkan noktah pada perkara ini..aku harap akan ada satu tahun masa musim perayaan sifar cerita pasal putus jari. Tapi akankah? Entahlah..

Kalau tak ada jari macam mana nak mengundi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...