Laos : Catatan Terakhir Dari Vientiane..

That Dam..
Kalau ke Vientiane, tak lengkap kalau tidak ke That Dam – baca Dat Dam. Mengikut cerita, That Dam adalah ‘stupa hitam’ atau Black Stupa. Orang Laos mempercayai adanya naga kepala tujuh yang akan menyelamatkan bumi itu dari serangan Siam sekitar tahun 1827. Sejauh mana kebenaran kisah ini sukar untuk dipastikan.
Hari hampir senja, perut mulai lapar. Apa sangat yang jadi tenaga aku pada hari ini selain telur hamcur dan sisipan air teh perasa gandum. Terus kami meminta pemandu tuk-tuk memberhentikan kenderaannya berhampiran dengan sebuah kedai halal, Fathima Restaurant. Di sini turut terdapat cawangan Restoran Nazim dan satu kedai yang baru kami jumpa iaitu Restoran Noor. Kami melepak agak lama kerana aku mula kesemputan. Sempat kami menggunakan wifi percuma dan berkongsi beberapa gambar di Instagram dan Facebook.
Fathima Restaurant
Masih setia dengan kopi Lao

 

Hari semakin gelap. Kami meneruskan perjalanan untuk mencari masjid di sini. Tapi suasana di luar masjid ini agak seram kerana beberapa pemuda pekerja binaan memerhatikan kami dengan penuh sangsi. Jadi, ambil gambar dari jauh sahajalah.

Masjid Jamek, Vientiane

 

Misi terakhir di Vientiane ialah singgah di tugu Raja Sisavang. Berhadapan tugu ini ialah sebuah sungai yang memisahkan antara Thailand dan Laos.

Tugu Raja Sisavang
Ohai, Thailand!

 

Sebelum balik ke hotel, kami mencuci mata di pasar malam yang terletak betul-betul di hadapan Inner City Hotel – tempat kami menginap. Aku hanya membeli 2 fridge magnet. Seperti yang aku nyatakan dahulu, poskad di sini tidak menarik, cenderamatanya juga sama atau kurang indah sikit dari Thailand. Satu yang aku pelik, makcik-makcik Malaysia gemar benar membeli tudung saji. Apa di rumah tak cukup-cukup lagi ke tudung saji?

Laos antara negara yang termiskin, tapi ia indah. Aku gembira dapat ke sini. Rasanya aku tak akan ke sini lagi, kecuali dihantar oleh jabatan. Sekian.

11.11.2011 Penangan BingoBlitz..

Masih kisah 11.11.11, sebelum tarikh itu berakhir seluruh dunia, BingoBlitz atau BB menetapkan semua pemain mesti menyelesaikan koleksi Transylvania mereka yang dibuat sempena Halloween yang lalu. Beberapa minggu mencuba, satu akaun aku masih gagal mendapatkan Tarantula yang diperlukan…Giler susah!

Masa makin suntuk dan kredit pun makin abis. Tiada jalan lain. Aku terpaksa membuat rayuan hari pahlawan pada pemain lain seluruh dunia untuk melengkapkan koleksi ini dan mendapatkan extra 100 kredit sebagai habuan. Puas mencuba…hampir 2 jam rasanya bertanya kepada mereka siapa yang mahu tukar suka sama suka dengan apa juga koleksi yang mereka tiada, asalkan aku dapat tarantula.

Akhirnya, terima kasih kepada seorang pemain dari Canada yang memberikan tarantula kepada aku dan trading dengan mummy. Kaching…! 100 kredit tambahan dan aku menjadi semakin insani pagi tadi. Sesiapa yang memerlukan bantuan melengkapkan koleksi semuanya aku bantu sesungguhnya. Kalau aku kehabisan stok, aku pulak merayu pemain lain memberi secara ehsan.

Gila la game nie…Memang aku kategori kecanduan olehnya tapi nak buat macam mana…Game ini sangat best, cepat, ketagihan dan menambahkah kenalan seluruh dunia. Tapi kebanyakannya nenek-nenek orang…Lantakkan aje…Mereka lebih pandai menjaga rakan-rakan dengan memberi hadiah harian 🙂

Ok..mari tunggu koleksi Thanksgiving pula 🙂

Mark Zuckerberg : Kenapa Ubah FB Jadi Tidak Mesra Pengguna?

Ceh, begitulah tajuk cerita..Macam Mark Zuckerberg peduli akan rintihan insani yang sudah mesra dengan layout sedia ada. Ini bukan kali pertama FB berubah…dah banyak kali. Dan setiap kali berubah semua orang tak suka – sebab tak biasa. Dah lama nanti bila kita sudah biasa dan ada perubahan, maka kita akan maki Mark lagi sekali dan sekali lagi buat petisyen untuk menentang tapak web yang baru..

Aku tak berapa kisah akan perubahan itu sebab aku guna handphone untuk buka FB. Jadi, sama saja..yang berubah hanya notifikasi yang sesuka kicap dia aje nak masuk, dia masuk..Kalau tak dua tiga hari baru nak masuk.

Anehnya, kalau kita tak suka FB kita tak tergamak pula nak tutup akaun tu. Ya, sebab bukan mudah nak kumpul semula kawan-kawan yang ada..Maka itu, redhalah dengan perubahan FB.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...