F.R.I.E.N.D.S.

image

Semuanya bermula sejak balik dari Vang Vieng. Asal lepak kedai makan semua pasang cerita ini. Sekali-sekala layan memang melekat. Itu menyebabkan Dvd yang berabuk bersih kembali. Masalahnya, bila dah mula susah nak berhenti.

Harapnya tidak Charmed atau Greys Anatomy. Itu aku memang tak kuat…

Laos : Malam Di Vang Vieng

F.R.I.E.N.D.S dengan subtitle Lao

Malam ini malam minggu… Berdentam-dentum pembesar suara memecahkan kegelapan malam di Vang Vieng dengan lagu-lagu tekno terkini. Di sini penuh dengan bar. Hampir semuanya memasang cerita FRIENDS, South Park atau Family Guy untuk menarik pelanggan melepak di bar mereka.

Ia hanya pekan kecil dengan beberapa deretan rumah kedai dan puluhan restoran pelbagai citarasa. Tak ubah seperti Koh Phangan di Thailand,cumanya tidak pula berparti awal bulan, bulan penuh dan bulan separuh. Pelancong di sini juga tidak seliar di Koh Phangan. Mungkin sebab ia sangat tenang dan kecil, jadi mereka tetap mabuk-mabuk cuma dalam keadaan terpelihara kelakuan.

Seperti yang aku beritahu pada catatan lepas, aku mahu melepak di seberang sungai berhadapan rumah tamu yang aku duduki. Rasanya hanya aku seorang memakai baju kelawar dan bertudung dalam seluruh pekan Vang Vieng. Susah nak jumpa pelancong muslim. Pelancong dari Timur Tengah yang aku jumpa pun lelaki sahaja.

Pizza time..

Belajar dari pengalaman di Restoran Nazim, kami hanya memesan satu Pizza Four Seasons, segelas kopi Lao dan coconut shake. Mujur tidak semanis tadi. Coconut shake sangat sedap. Sampai dua gelas Hadi minum.

Dentuman muzik tekno masih membingitkan suasana. Tapi bukan malam ini untuk kami meninjau suasana. Kami balik ke rumah rehat. Masa dan suasana tenang mengisi malam kami di luar beranda sambil bercerita kisah suka-duka yang terjadi dalam hidup kami berdua.

Restoran yang kami singgah makan, dari celah jambatan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...