Macam Kena Kerat Lapan!

Aku tak tahu macam mana kanak-kanak zaman kini melalui kehidupan seharian. Seawal pagi di sekolah rendah, balik ke sekolah agama atau kelas tambahan dan malam pula ada kelas bahasa ketiga atau masih lagi kelas tambahan. Itu belum masuk hujung minggu ada kelas pinano, kelas ballet, kelas Mental Arithmetik dan lain-lain kelas yang pastinya disusun oleh ibubapa demi memastikan anak-anak mereka menjadi yang terbaik dikalangan yang baik-baik. Aku juga pernah jadi kanak-kanak. Mungkin kudrat zaman itu begitu kuat dan kental. Lantas sesibuk manapun hari dilalui 24 jam itu hanyalah perjalanan normal.

Tapi aku bukan kanak-kanak lagi… Aku sudah semakin tua dan ia disusuli dengan beban tanggungjawap duniawi dan lain-lain. Kudrat makin terhakis dan badan cepat penat. Otak tak payah cakaplah..kalau boleh tiris, rasanya sudah kecut macamĀ  belun yang dibiarkan 3 hari.

Kursus QA ini memang membuat aku terkejar-kejar dengan masa 24 jam yang ada. Pagi-petang di INTAN dan sebelum malam berkejaran ke Shah Alam untuk kelas sarjana. Kalau ada yang kata situasinya sama dengan orang yang berkerja sambil belajar malam, aku bangkang sesungguhnya. Lain… Kalau kerja, fikiran hanya fokus kerja-kerja-kerja-tetenuk-tetapir-maki-maki dan malamnya belajar. Situasi aku belajar-belajar-belajar-belajar dan malam belajar lagi. Aku tidak punya masa untuk membuat kajian hatta ulangkaji secara selesa. Lewat malam dipaksa dengan membaca untuk subjek pagi ataupun kelas malam. Hujung minggu hanya ada hari Ahad dan itupun biasanya dipenui dengan beban kerja kumpulan yang perlu disiapkan untuk pembentangan. Mintak maaf Raju, kotak merah, Chawan apatah lagi cuti dan bergeli-geli dengan suami. Tak larat…aku rasa macam kena kerat 8!

Kursus ini tersisa lagi 2 minggu. Subjek makin berat. Kelas sarjana sudah mula dengan pelbagai kerja kumpulan dan pembentangan yang perlu aku beri perhatian. Aku selalu berdoa pada tuhan agar kurniakan aku kekuatan fizikal dan mental dalam mengharungi bulan Mac yang sangat padat. Aku tidak punya masa dan tenaga untuk mengeluh. Tapi aku rasa gembira sebab aku dipermudahkan mencari/membeli bahan bacaan yang bersesuaian dengan kursus sarjana. Ia kecil, tapi cukup buat aku gembira. Dan aku juga gembira punya Spank CounterIntelligence yang selalu buat aku gembira… #PRICELESS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *