House MD..

image

Setakat ini hampir pasti drama House MD akan tamat April ini setelah 8 musim bersiaran. Drama yang pernah membuat aku ketagihan satu masa dulu ini nampaknya seakan mahu membaca reaksi peminat adakah mereka akan menyokong penamatan siri ini atau merelakan saja. Situasi yang sama pernah berlaku pada drama Scrubs dan F.R.I.E.N.D.S. dan Alec Baldwin ketika dia mengumumkan tidak mahu lagi bersama 30 Rock untuk musim ke-lima.

Aku sudah lama tersangkut-sangkut menyaksikan House MD. Faktor utama mungkin DVD yang tak konsisten sejak Season 4. Masa itu dijual part 1,part 2 dan ada juga part 3. Lama-lama aku lost…

Juga sejak House menjadi lovey-dovey dengan Cuddy menambahkan ketidakselesaan aku menyaksikan kisah cinta mereka yang celaru.

Jadi kalau ini penyudahnya…tak apalah. Mungkin Fox boleh fikirkan spin-off untuk House dan Wilson. Jangan jadikan diorang gay sudah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *