Cuti…

Aku baru sedar minggu ini masih dalam fasa cuti sekolah bila mana tadi aku cuba booking hotel semuanya dengan ceria memberitahu dah fully booked – Cuti Sekolah.

Hari minggu yang bukan musim cuti sekolah pun sama saja. Bila aku call diorang dengan ceria memberitahu ‘dah penuh semua bilik sebab cuti hujung minggu..’

Aku juga tahu ini adalah salah dari pihak aku juga yang tak reti nak merancang bila dan di mana hendak bercuti. Setidak-tidaknya kalau peak season pun kalau hotel dah booking awal-awal surely tak akan ada masalah. Tapi di mana datang thrillnya percutia mengejut kalau semuanya dirancang, iya tak?

Begitu juga kalau merancang nak bercuti jauh sikit dari Malaysia – walaupun di seberang tambak. Kalau hari ini nak pergi, semalam lepas baru sibuk-sibuk nak cari tiket murah memang mintak kena gelak lah dengan Tony Fernandez. Kecualilah kalau duit bagi kita seperti memetik daun-daun yang banyak di Kebun Mamak Kodin. Dan hotel di seluruh dunia adalah peninggalan arwah ayah aku yang disayangi..yang boleh aku keluar masuk setiap masa.

Kerana itu lebih seronok, meriah dan mudah jika kita merancang percutian dengan kawan-kawan yang sealiran dan kaki berjalan. Cuti confirm-confirm 2 bulan sebelum pergi dah sibuk hantar borang cuti. Tiket pula awal-awal dan booking. Bukan untuk tahun ini saja, untuk tahun depan pun dah siap planning nak travel ke mana. Bukan itu saja, agenda masa bercuti lebih menarik berjalan-jalan walaupun melawat Muzium Door Knob. Takdelah terperuk aje kat bilik dan mensia-siakan peluang melawat tempat orang..

Untuk itu aku akan menunggu November 2009, Januari dan April 2010 dengan tenang dan penuh kesabaran. Rasanya ada lagi planning sepanjang 2010 tapi aku menunggu pokok duit akan aku tanam sebulan lagi..Untung-untung tahun 2010 daunnya tumbuh dengan lebat dan aku akan dapat menjelajah Europe sebelum aku berpencen.

Sekian..

Next time aku datang sini lagi..aku akan beli T-shirt tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Replies to “Cuti…”

Leave a Reply to BAINI KHAIRI Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *