Nak Block Kak Benny, Takde Hal

Terima kasih kawan yg bagi screenshot 🙂

Dalam hidup ni, tak semua orang suka kau. Aku pun sama…aku tak suka semua orang. Setakat nak block aku kat media sosial, alahai tak jadi kudis pun. Tapi jangan melantun pulak kalau aku buat benda yang sama.

Bukannya aku block sebab nak jaga diri aku dari negativity atau kita masih kawan, just that bukan kat alam media sosial. Tak gile…Aku block sebab tak suka kau. Semak…simple!

 

Daulah Terpendam?

Hari ini kita belajar pasal deep…
Deep state tu daulah terpendam
Deep Purple tu kumpulan rock zaman bos kau
Mandeep tu nama orang
How Deep Is Your Love tu judul lagu
Deep Throat tu sakit tekak

Pergi tidur. Mana tahu esok kurus.

Kredit Percuma

Foto: NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

Ingin kembangkan perniagaan anda?
Ingin mengambil kredit secara percuma?
Ayuh…ada caranya!!!

Bawa barang dagangan anda, bungkus cantik-cantik dan edarkan kepada rakan media yang sedang bertungkus-lumus membawa perkembangan politik tanahair sehari suntuk tanpa henti.

Hanya di lokasi terpilih.
P/s: tidak tertakluk kepada terma dan syarat

Kenyataan Media Mengarut Level Dewa

 

Harapan kecil aku antaranya kenyataan media yang dikeluarkan oleh bakal-bakal menteri yang dilantik nanti tidaklah berupa luahan perasaan, autobiografi, memberitahu lambat jumpa pemimpin sebab kelewatan pesawat dan berjemaah membuat kenyataan dalam satu kenyataan media yang sama. Semua orang boleh mengarang, tapi tak semua orang boleh menulis dengan baik, berhemah dan terpimpin. Selain menjadi pemimpin yang bijak, carilah pegawai khas, pegawai media yang bijak juga. Untuk itu, kalau perlukan pegawai khas yang bijak, berpekerti tinggi dan kelakar seram, mohon PM Kak Benny dengan John Secada di pinggiran.
#thisiskakbennykau

Intervensi Dari Celah Mobilmu

Foto: NSTP/AIZUDDIN SAAD

Seterusnya, manuskrip puisi yang bakal Kak Benny hasilkan adalah inspirasi dari paparan temubual politikus yang dari dalam kenderaan yang berjudul Intervensi Dari Celah Mobilmu…kita masih lagi belajar huruf I ya pemirsa

Pintu Belakang

1.Apakah yang dimaksudkan dengan pintu belakang?
[30m]

2. Mengapa pintu suka hati tidak boleh dibeli secara dalam talian?
[20m]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...