Tuan Tabib Masak Spageti!

Pagi tadiĀ Eskandar DzulkarnainĀ video call dengan aku. Merayu-rayu dia “mama nak cake…nak spaghetti, nak cake, nak spaghetti…
Nak mamaaaaaa…..”
Pastu dia toyak…

Pastu Hadi pulak pandang aku. Haih…kitorang helpless giler. Aku memang dah barai la dengar anak meratap-ratap macam tu.

Then Hadi text tanya macam mana nak masak spaghetti. Aku ajarlah seringkas mungkin. Amik kau…2 pinggan Eskandar makan. Cake aje aku tak dapat bantu sebab aku jenis masak lauk-lauk aje. Kuih dan kek ni beli ajelah senang. Nak buat tu renyah…

Ikut akal tak sihat aku memang nak menderu aje balik Melaka sebab pagi tadi banyak insiden jadi. Si Judin patahkan jarum insulin bapa mentua aku, pastu rendam vacuum cleaner dalam kolam. Kesian Hadi lalu sorang2…tapi itulah rumahtangga. Masing-masing kena main peranan.

Apapun i’m proud of you my tuan tabib…sekali-sekala dia masuk dapur memang dahsyat penangannya. Asalkan yu tak masak sayur campur hirisan hotdog, i is okay šŸ™‚
#hadicancook
#myfamilia
#myADHDson
#forevermeansforever
#haditakdefacebook
#memoriseramhotdogterapung

Go Corona, Corona Go!

Go, Lakers!
Lakers, Go!
Tu maknanya kita bagi semangat kat tim tu utk terus berjuang…

So bila korang
Go, Corona!
Corona,Go!
Korang dah kenapa???

Yang betul
Kill…kill
Die..Die Corona musibat nakharom jembatan dan sentence enhancer yang lain
#apabilakakbennymembebel

Rindu Judin…

19 hari sudah aku tak jumpa keluarga. DenganĀ Eskandar DzulkarnainĀ dapatlah sembang-sembang seadanya. Tapi denganĀ Ezzudin DzulfikarĀ emosi dia tak terluah. Aku tahu dia rindu aku. Aku ni lagilah, rindu yang tak terhurai.

Ada sekali masa aku video call, dia renung aje aku. “Mama….” itu aje dia cakap. Kemudian dia tunjuk satu persatu toys yang dia tengah main dan aku layan sampai semuanya dia dah tunjuk kat aku. Mujur dia bukan jenis meraung bila nampak muka aku…sejenis legaĀ kat situ.

Aku rindu dia tarik tangan aku minta buatkan susu…
Aku rindu dia bersandar pada aku bila aku tengah duduk membalas urusan kerja dengan telefon.
Sampai satu tahap aku rindu bila dia debik aku sebab Eskandar kacau dia.

Moga Allah peliharakanlah keluarga aku semua dari ujian ini. Demi keselamatan semua, memang duduk terpuruk dirumah itu sebaik-baik tindakan, walaupun hati aku remuk tanpa mereka di sisi.

Bila semua ini selesai, aku nak bawa dia kat kedai Eco. Kau boronglah segala mak nenek mainan kapal terbang yang kau nak. Mama akan teman main sama-sama sampai semuanya berderai.

Haih…sumpah rindu
#ezzudindzulfikar
#judinjudika
#judinhensem
#myautisticson
#forevermeansforever
#supermomyangcengeng

Stay At Home!

2 minggu ni memang tempoh yang tak mudah untuk semua orang. Yang biasa bersosial, terus rasa bodoh bila 2-3 jam duduk dirumah tak tahu nak buat apa. Belum masukĀ ragam anak-anak yang tak faham dan sukar bagi kerjasama, mungkin sebab belum matang atau OKU. Nak-nak cuti sekolah so diorang pun ada rasa nak berjalan jumpa tok abah dan tok mama mereka. The struggle is real, guys…aku faham.

Duduklah kat rumah…create aktiviti utk semua ahli keluarga. Baca buku ke, tengok tv ke, whatever. Just jangan biarkan anak-anak keluar dari premis rumah. Gunakan masa ni untuk baiki hubungan korang. Selalu mengadu sangat penat, tak cukup masa untuk keluarga dan bongok-bongok lain. Ada dalam kalangan kita terpaksa berkerja dalam situasi gawat ini. Berhentilah mengeluh..masalah kita tak besar mana. Orang lain menangis-nangis tak dapat peluk keluarga. Yang ada depan mata, bersyukurlah…

It’s not easy for me either. Aku tahan aje bagi tak koyak. Aku dengki orang post gambar makan ramai-ramai satu keluarga. Aku dengki family main saidina dan congkak sama-sama. Aku hanya boleh hantar text madah-madah rindu dan ranap hati bila video call tengok muka anak-anak yang tak faham kenapa aku tak ada di sisi mereka sekarang ni.

Lagi penat bila bekalan air kat rumah ni dah sehari suntuk tak ada. Aku okay lagi…harapnya jangan bekalan elektrik yang terputus.

Memang masa ni rasa nak salahkan semua orang aje…
Yang keluar macam takde apa berlaku.
Yang mengeluh-ngeluh boring tak tahu nak buat apa…
Yang melepak kedai makan…
Yang baru balik dari luar negara…
Yang baru balik majlis kahwin…
Yang baru balik perhimpunan agama…

Korang boleh buat macam tu. Sebab apa? Sebab korang manusia…korang takut. Tapi percayalah…semua orang, termasuk yang aku maksudkan di atas pun takut juga. We are only human.

Biarlah aku salahkan Sajat…kimak betul.

SOCIAL DISTANCING…


Assalammualaikum semua…

Untuk tempoh 2 minggu ni aku hanya berkerja dari rumah. Kerja macam biasa, fizikal sahaja tiada di pejabat. Umum tahu aku baru balik dari luar negara. Jadi selamat untuk amalkan social distancing dan self quarantine.

Aku baru sahaja balik dari Hospital Shah Alam untuk buat saringan Covid-19. Tapi disebabkan aku tiada simptom dan negara yang aku kunjungi jatuh bawah kategori low-risk, aku tidak dibenarkan untuk membuat ujian. Kalau dah macam itu arahan yang mereka terima, aku akur sahaja. Aku tak kuasa nak bertekak-tekak my rights bagai-bagai sebab diorang macam aku – menjalankan tugas berdasarkan arahan. Aku pegang itu.

So, semalam semua panik namatey dan start memborong bekalan makanan macam winter is coming. Aku tengok orang post gambar troli pun aku panik beb…sumpah. Tapi apa yang aku beli untuk bertahan 2 minggu ini?

Beras, bawang, cili api, ikan bilis, telur sepapan, sardin 3 tin, mee segera 2 bungkus dan air mineral 5 liter. Tu aje…sebabnya? Aku hidup seorang…nak stock up beriya-iya pun bukannya bela jin. Kalau tak cukup, kedai bukak aje macam biasa dan abang Food Panda setia menerima pesanan. Be considerate guys…ambil hak orang jatuh kategori haram, right.

So, apa aku akan buat 2 minggu ni masih misteri. Korang pun maybe sama. Ada yang nak balik kampung, tapi aku tak boleh. Aku tak dapat jumpa anak-anak sebulan sebab self-quarantine dan self-distancing ini. Sumpah rindu teruk…tapi kesihatan dan kemaslahatan semua orang lebih utama. Aku pasrah Erra Fazira di situ.

Maybe ini peluang untuk aku berehat seperti yang selalu aku mohon pada tuhan.
Mungkin ini peluang aku layan Neflix sampai muntah.
Mungkin ini peluang aku menulis catatan semasa di Pakistan dengan penuh konsentrasi.
Daaaaan…ini peluang aku crash diet untuk dapatkan pinggang kakak Gwen Stefani pasca percutian yang lalu.
Always look at the brighter side…

So guys…doakan kesihatan aku sepanjang 2 minggu bersuluk ini. Kalian semua tidak pernah luput dalam ingatan dalam setiap patah doa yang dipanjatkan. Maafkan segala kesilapan yang aku buat secara sengaja aku tidak. I’m only human…

Setakat itu dulu.
#apabilakakbennymenulis
#supermomyangcengeng
#socialdistancing
#selfquarantine

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...