Bakal Rumah Den..

 

Bakal rumah den..

Beberapa bulan dahulu aku terasa seolah-olah aku telah memberi rumah. Rujuk sini.

Semalam adalah hari kakak mithali (Farah,2012). Aku mengikut mama dan Adeq menghantar Ameera ke UiTM Lendu. Alang-alang sampai di sana, aku mahu bertanya akan perkembangan rumah yang langsung aku tak tahu apa ceritanya – kecuali tanah sudah di tar dan adanya pembinaan longkang dihujung jalan. Ipar-ipar yang lain semuanya sudah dipanggil untuk urusan menandatangani perjanjian dan hal-hal lain. Pelik pula kenapa dengan aku senyaaaap memanjang.

Rupa-rupanya aku sudahpun menandatangani apa juga dokumen yang diperlukan ketika aku membayar deposit. Oh, mak minah lupa pulak 🙂 Aku hanya perlu menyelesaikan beberapa dokumen – itupun November nanti akan mereka pos apa yang perlu.

Dari jauh, macam mana aku datang berbulan dahulu, macam itu jugalah perkembangannya. Mungkin kerana aku tidak betul-betul masuk dalam dan melawat kawasan.

Harap-harapnya ia sempat siap menjelang 2014 seperti yang dijanjikan. Aku mahu beraya di rumah baharu. Insyaallah serba baru dengan yang baru-baru belaka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One Reply to “Bakal Rumah Den..”

  1. 1. Harga Rumah – Untuk rumah dibeli terus dari pemaju / rumah projek, pada kebiasaan anda harus keluarkan 10% daripada harga rumah itu daripada poket anda sendiri untuk dibayar terus kepada pemaju. Kalau rumah anda RM100,000-00, so, pastikan simpanan anda melebihi RM10,000-00 untuk dibayar kepada pemaju. – cara dapatkan 10%; 1. Korek duit KWSP selepas Perjanjian Jual-Beli anda ditandatngani dan disetem, 2. Korek duit pelaburan bertahun-tahun anda, 3. Korek peti harta karun anda sendiri kat rumah. It is not advisable untuk anda membuat pinjaman peribadi / personal loan untuk cover this sum… Meminjam duit untuk meminjam lagi is A BIG NO-NO dalam pengurusan kewangan berhemah. – sesetengah pemaju sengaja menambah 10% harga pasaran* kepada harga rumah tersebut. Malah menguar2kan bahawa pembeli akan diberi 10% diskaun. Contoh, harga pasaran RM180,000-00, tetapi harga tawaran ialah RM198,000-00. Bila pemaju menghalalkan RM18,000-00, pemaju tak rugi apa-apa kerana pemaju akan tetap dapat harga market value daripada Bank yang menawarkan pinjaman perumahan kepada pembeli. Pembeli untung berganda di sini sebab satu sen pun tak perlu dikeluarkan untuk membayar 10% harga beli!!! Oh mungkin beberapa ratus sahaja sebagai Booking fees. – untuk rumah yang dibeli terus dari pemilik rumah selain pemaju/ subsequent sale atau lawyer-lawyer panggil sub-sale, anda harus sediakan cheque/cash 10% harga rumah semasa menandatangani perjanjian jual beli itu. Jadi, pastikan anda benar-benar ada duit untuk beli rumah dengan cara begini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *