You’re My Flashlight

Beberapa malam lepas aku menonton MI5 di DPulze, Cyberjaya. Tempat baharu, kedai makan banyak dan tempat letak kereta pun mudah. Yang paling utama, orang tak ramai.

Cerita tu ok..Nanti-nantilah kalau ada masa aku cerita. Durasinya agak panjang. Menyesal pula tak pilih ‘couple seat’ alang-alang beza RM4 aje pun.

Bila ‘ending credit’ dah naik aku tanya Hadi, “ada apa-apa lagi tak?kalau takde kita gerak terus”

Takde..

Serentak kami bangun. Lampu masih belum dipasang. Gelap jugalah nak meranduk keluar ke pintu. Hadi seluk poket, keluarkan satu ‘flashlight’. Serentak dia menuntun aku keluar dengan suluhan lampu itu.

Hati Kak Beni pun berbunga-bunga..terus ‘up sound lagu Flashlight. Keluar sahaja daripada kegelapan, aku ucapkan terima kasih padanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *