You – My So Called

 

Aku sudah tulis catatan ini semalam, kemudian aku padam balik. Aku padam sebab mengingatkan dia sahaja sudah cukup untuk buat aku rasa sedih. Memang akhir-akhir ini aku kerap sangat teringatkan dia.

Beberapa minggu lalu, aku luahkan pada Hadi apa yang aku rasa. Aku bagitahu dia, aku teringatkan XXX. Aku selalu teringat kenangan aku dengan dia dan sumpah, aku rindu dia 

Aku terima bila Hadi cakap benda-benda macam ni kena ada effort dari dua belah pihak. Tak boleh aku sahaja yang beriya-iya sedangkan dia sudah lama moved on. Tambahan pula aku sudah usaha jumpa dia 2 kali selepas kami terputus hubungan atas sebab yang aku tidak tahu.

Sehari dua ini nama dia muncul balik…

Beberapa hari ini, aku banyak habiskan masa dengan Ameera, adik aku. Puncanya simple…dia cakap dia faham apa yang aku rasa bila jarak memisahkan antara aku dan sahabat baik aku. Betapa bertuahnya bila kau ada seorang kawan yang berbeza jantina tapi boleh melalui satu jalinan persahabatan tanpa sempadan. Bila kau susah, dia ada. Bila kau melawak, dia faham dan bila kau kusut, dia care dan sentiasa ada cara untuk lift up mood kau balik walaupun dia tengah sesak teruk. Aku tahu selatan tanah air itu bukannya jauh macam Baghdad but still…

Benda-benda ini semua aku pernah rasa dengan XXX. Seluruh alam remaja dan dewasa aku lalu dengan dia sebelum aku berkahwin. Sampaikan kalau aku keluar malam dan balik lambat, dia dapat lesen besar dari mama dan arwah abah untuk kelonggaran waktu itu. Aku tergedik-gedik nak jumpa M.Nasir satu masa dahulupun aku seret dia juga sampaikan pakcik tu pernah tanya, kami ni bercinta ke?

Aku tak mahu ulang cerita punca dia bawa diri…sampai sekarang aku tak tahu dan jadi misteri. Kalau aku yang salah, aku sanggup minta maaf kalau itu dapat buat dia puas hati. Dan aku ambil masa hampir 10 tahun untuk berani bermula semula dengan sahabat baik aku sekarang – sebab takut aku gagal jadi sahabat yang baik untuk dia, macam mana aku gagal dengan kau.

****

Tadi aku tunggu Ameera di pondok pengawal pintu masuk bukit Angkasa. Selalunya aku akan minta sesiapa yang mahu kidnap aku pick up di lobi sahaja. Entah…aku terasa mahu tunggu di luar sahaja. Sementara menanti dia sampai, aku main telefon. Tak lama…dalam 2-3 minit sebelum pandangan mata aku terarah pada sebuah kereta yang parkir berhampiran tempat aku menunggu. Hebat keretanya…pembekal barangkali.

Ketika pemandu kereta itu keluar, aku hanya pandang sepintas lalu dan terus usik telefon balik. Ok, smart guy…tapi langsung aku tiada mood untuk hi, awak moment. Sampailah aku terkalih pandang padanya dan tiba-tiba dia bersuara, “Baini….!”
Aku cuba nak camkan dia siapa…tak lama, aku sebut nama dia dan air mata aku sudah bergenang-genang.

Dia minta aku tunggu sebentar sementara dia pergi menukar pas di pondok pengawal. Aku dah banjir…Dia kemudian kembali dan aku terus mendapatkan dia. Terus aku buat confession, aku teringat kau akhir-akhir ini.

Aku termenangis. Dia terdiam.
Aku minta nombor telefon. Dia pandang aku semacam.
“Aku tak pernah tukar nombor”
Aku takde nombor kau…
“Nombor aku masih sama”. Dia pandang aku macam ameba. Mentang-mentanglah kau dah semakin tinggi dan berisi.
Akupun tak pernah tukar nombor!

Ok….aku dapat vibe yang sama…Vibe yang menyebabkan aku dan dia rasa kami jadi alien.

Sumpah awkward 

Sepanjang perjalanan ke BSP, aku menangis teresak-esak. Aku hargai effort adik aku tu untuk distract dan tenangkan aku tapi aku tengah cuba fahamkan apa maksud kebetulan pertemuan tadi. Apa yang tuhan mahu aku belajar dari episod ini? Moved on atau try again???? Jiwa aku ni penat yang sesungguhnya…aku tak larat nak put an effort untuk satu persahabatan one way. Semua ini kena bernoktah.

Aku cuba wassap nombor tu, tapi tidak ada dalam senarai. Itu bukan situasi yang pelik sebab aku teringat masa cubaan pertama aku berbaik dengan dia, dia beritahu dia semak dengan teknologi. Media sosial pun dia takde….(tak tahulah sekarang. Biawak pun berubah inikan manusia..). Aku hantar sms. Sampai sekarang tak berbalas.

Tak boleh jadi macam ni. Aku sendiri tak fikir aku larat untuk ada relationship macam ini dengan sesiapun. Kau aje initiate move, kau aje terhegeh-hegeh ajak jumpa. Sebab ikhlas tu tak boleh nampak, tapi kau boleh rasa. Masa aku sudah tamat barangkali. Aku tak perlu ada dalam ruang lingkup kau lagi.

Kalau kau perlukan aku, kau tahu nak cari aku kat mana…Just ingat, memori kau dan aku, aku tak akan padam 

…end.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *