You Dont Understand Me.. #2

Kadang-kadang, penilaian kita tidak tepat. Ada yang kata percaya pada hati dan ikut katanya. Tak semuanya betul sebab hati pun bukannya memahami dan memberi justifikasi yang salah. Jadi disebabkan mengikut kata hari, kata-kata yang terhambur mungkin mencederakan hati lain tanpa sedar. Kerana itu, umum selalu mendengar frasa ‘awak tak faham saya, you dont get me, you dont understand me’ dan lain-lain ungkapan yang membawa konotasi sama. Atas faktor bias, kita akan sentiasa menyokong perbuatan kita dan menolak rasional pihak lain.

Selalunya aku  tidak peduli sangat kalau ianya datang dari kalangan mereka yang tidak memberi impak dalam hidup aku. Mereka bukan kenal aku secara peribadi dan mendalam. Hanya menyusun kata mengikut penilaian awal dan gerak hati yang  bias. Aku juga mempunyai tafsiran yang pelbagai terhadap mereka dan mempertahankan pendapat itu kerana banyak betul dan kena dari tersasar.

 

Agak cedera jiwa kalau ianya ditembak tepat oleh orang yang dekat dalam hidup kita. Aku selalu guna istilah langit runtuh dan  jiwa retak jiwa situasi sebegini aku lalu dalam kehidupan seharian. Aku jadi bodoh untuk mempertahankan diri. Dari petah berkata-kata mulalah ayat berterabur dan tiada paksi hujung pangkal. Sudahnya aku nampak bersalah dalam membela diri. Maka keluar bilik nangis-nangis dalam hati menutur kau tak faham aku lima ratus lapan juta kali.

Aku lalu kehidupan ini dengan cara yang paling baik aku fikirkan untuk diri aku, mengambil kira simpang jalan, batu kerikil dan lencongan yang ada. Jangan semudah-mudahnya memberitahu ‘ini adalah modul yang sebenarnya’ kerana tiada satu formula pun yang boleh membuang sejarah semalam dalam sekelip mata. Apatah lagi memanipulasi ayat-ayat agama sesuka hati mengikut kesesuaian. Aku bersyukur kalau ada yang mendokong aku kala ini, malangnya aku tak dapat. Aku tak mahu menagih. Rasanya aku punya kekuatan untuk tanggung semua itu sendiri.

Aku tak boleh seorang diri untuk satu tempoh yang lama. Aku takut dengan malam dan emosi yang ada sebelum aku larut dalam mimpi. Aku takut mencuba dan gagal.

Jangan kata kita punya kesedihan yang sama. Sedih aku lain. Aku yang tanggung sendiri.  Sebab itu kali ini aku yakin aku kuat bersendiri…

Sedarkan semua itu? Hmmm..aku punya simpati dan empati yang tinggi dan aku membiarkannya hanyut bak daun gugur di sungai mengalir lesu. Kehidupan terus kembali. Tapi langit tak sebiru semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *