You Are My World

 

?Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi?

Begitulah bait-bait lagu Cerita Kedai Kopi dilantunkan oleh Hadi dalam kereta semalam yang penyampaiannya tak Jamaican langsung….macam rap pun ada. Pudar aroma reggea yang patutnya menjadi nadi lagu itu.

Nyanyian dia turut menenggelamkan audio lagu Tom Jones, You’re My World yang sedang aku layan dengan tenang. Disebabkan lelaki itu lebih perlukan hiburan, aku biarkan sahaja. Kalau akulah tiba-tiba menyanyi lagu Di Muara Sepi dalam keadaan dia tengah melayan Nightwish atau Avenged Sevenfold, kalau tak kena jelingan manja pastinya dia akan tutup terus radio.

Walaupun dalam kepenatan, dia memandu dengan riang. Tidaklah bahagia terapung sampai langit ke tujuh, tapi dia nampak ala-ala free falling juga.

Sudah lama kami tak cruising waktu malam. Eskandar berdiri dibelakang dengan memakai baju hoodie Doctor Strange aku, siap dengan hoodienya sekali manakala Ezzudin dan Zairil sudah selamat berlayar. Amarah kerana dia menggunting rambut aku pagi tadi hilang entah ke mana. Yang tinggal hanya rasa belas, ehsan dan sayang yang tak terungkap pada cahaya mata yang lama aku nantikan itu.

Hadi tahu aku belum makan lagi. Nasi goreng yang aku masak malam tadi hanya cukup-cukup untuk mereka berempat.
“You nak makan? Kita cari McD. I nak beli kopi…” Hadi bersuara selepas habis dia menyanyi.
Hmm…boleh juga.

Kami berhenti di PJ. Hadi bawa Eskandar dan membiarkan aku dalam kereta.
“I bawa Eskandar. You layanlah Tom Jones dengan tenang…”

Aku ulang lagi sekali lagu You’re My World diikuti beberapa lagu Tom Jones yang lain sementara menanti mereka kembali dengan makanan. Mungkin kerana orang tidak terlalu ramai, dalam 15 minit, kami bertiga menikmati set Triple Cheeseburger bersama. Ada gelak ketawa, ada berebut cheese dan roti dan ada juga lekat-lekit dalam kereta.

Aku sudah lama tak rasa happy atau tenang. Tapi malam itu aku rasa bahagia.

Ini dunia aku sekarang… You’re My World

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *