Yeay…Dapat Award!

Sudah berapa hari aku takde idea nak menulis. Bukan sebab takde masa, banyaknya takde idea dan kebetulan badan pun asyik flat aje. Makanya terbengkalai sekejap. Hadi ada cakap tak semestinya kena update hari-hari, cumanya aku kalau boleh selang 2 hari tu nak juga ada cerita nak ditulis..

Hari ini aku dapat award..Terima kasih kepada Kak Jee kerana sudi mendedikasikan award ini kepada blog yang baharu saja bernyawa. Saya sangat menghargainya 🙂

Untuk itu, aku kena menyenaraikan 7 perkara yang orang belum tahu tentang diri aku. Macam Dragonball pulak nak 7 ya. Apakah lagi yang perlu aku senaraikan sebab boleh dikatakan semua yang kenal aku tahu tentang siapakah aku yang inesen ini. Tapi aku bersangka baik mungkin ada pengunjung baru yang nak berkenalan dengan sang penerbit. Makanya…….

  • Aku sangat suka warna oren. Kalau boleh semuanya mesti oren. Dari sofa rumah, sampailah ke pintu rumah, pakaian, beg dan alat-alat tulis kalau ada unsur-unsur oren tu maka bahagialah hamba. Sebab itu baju masa bersanding dulu pun aku nak warna oren juga dan baju itu buatan pertama. Siapa-siapa yang sewa kemudian tu kira dapat saki-baki peluh dan DNA aku sahajalah 🙂
  • Sungguhpun jiwa dan penampilan aku ‘batu’, sebona eh den ini sangatlah sentimental, balada dan purba. Untuk itu suka diberitahu radio yang paling aku suka dengar ialah Klasik Nasional. Dan pemilihan radio ini kurang mesra dipendengaran Hadi tapi bila memandu jauh atau dia mahu mengambil mood aku yang tercalar dia akan pasang Klasik Nasional. Jujur cakap, aku sebenarnya mahu nama lama iaitu RIMA tetapi apalah daya….
  • Aku adalah peminat tegar M.Nasir. Katalah sesuatu yang kurang mesra ditelinga aku tentang dia makanya panjanglah hujah aku membenarkannya. Cuma kala dewasa ini tidaklah sefanatik dulu. Ingat lagi masa lepas ujian percubaan kertas Pendidikan Islam, tarikh yang sama aku mendapat jemputan dari Luncai Emas untuk pelancaran album Kias Fansuri. Dengan pantas aku menyiapkan kertas ujian dan mohon balik awal dengan alasan, saya tak sihat cikgu. Balik aje rumah, terus sambar teksi ke Hotel Legend, Kuala Lumpur. Kalau diingatkan balik, mental rupanya aku…
  • Aku memang bercita-cita untuk kerja di RTM sejak kecil lagi. Setiap kali melintasi bangunan RTM dilorong motor Lebuhraya Persekutuan aku selalu berbisik dalam hati – bertuahnya siapa yang berkerja dalam bangunan seribu lidah ini. Satu hari nanti aku teringin menjadi warganya.. Alhamdulillah, benda baik kalau kita ulang berkali-kali jika ada rezeki akan dapat juga.
  • Tahukan awda – ceh, Brunei sekali sekala 🙂 Aku pernah kerja kilang. Iya kerja kilang selama 4 jam sahaja! Kilang di AU3 yang aku tak ingat apa namanya ialah pengeluar cip komputer dan lepas SPM rakan-rakan kelas yang perempuan beramai-ramai mohon kerja di sana untuk mengisi masa sebelum keputusan SPM keluar. Kerjanya pada aku rumit dan mengarut! Aku kena isi hampir beratus-ratus komponen yang kalau bergegar terus berderai macam domino. Satu cip dibayar 40 sen dan selama 4 jam satu pun aku tak bole buat. Menangis-nangis aku balik mencarutkan kerja tu sebab kalau macam tu berapa sen sangat pendapatan yang aku dapat.
  • Dari kecil, aku hanya ada 3 cita-cita. Cita-cita pertama ialah nak jadi penyanyi. Jangan tak percaya ya. Jaguh pertandingan karoke nie. Masa darjah 4 kena isi borang personal dan dalam borang itu kena tulis apakah cita-cita anda. Bila Cikgu Ainon baca dia bukan sahaja pandang sinis, dikutuk-kutuknya hasrat rohani aku tu. Terus berderai cita-cita tu dan kemudian aku bercita-cita nak jadi polis pulak. Ini semua penangan Roda-Roda Kotaraya dan Remang-Remang Kotaraya. Selamba aje mak aku cakap dengan ketebalan cermin mata aku tu tak sempat interview dah kena suruh balik. Sudahnya aku mahu jadi wartawan sebab aku sangat suka menulis. Cuma masa daftar major di UiTM dulu lama sangat nak tunggu pensyarah yang jaga pendaftaran tu datang. Sementara barisan yang ambil Penyiaran tu belum panjang, ah-beratur ajelah. Dan kemudian aku sedar aku sebenarnya ada kuasa 2 sebab aku masih ada asas kewartawanan dan aku ada major ilmu penyiaran. Syukur masih sebaran am dunia aku berlegar..
  • Akhir sekali….sebagai penutup terimalah trivia ini. Kaset pertama yang aku beli ialah kaset Salih Yaacob. Yes, abang I Follow..kaset Romantika Di Tampoi yang best giler tu. Hehehe..duit untuk membeli kaset itu aku dapat dengan berkerja sebagai model dengan upah RM 10. Model yang tak perlu pakai seksi-seksi sebaliknya dipakaikan dengan pakaian yang semua orang akan Islam akan pakai suatu masa nanti. Itulah dia, aku jadi model kursus pengurusan jenazah hahahaha… Aku bodek mama lagi ekstra RM 2 sebab kaset tu harganya RM 11.90

Aku akan memanjang pemberian award ini. Tapi aku akan buat bila blog ini mencecah 1000 pengunjung. Ini bagusnya wordpress. Aku tak bole tipu statistik..Dan ini juga adalah azam aku untuk sentiasa menulis tidak menulis sampah.

Sorry Kak Jee..tak perasan syarat-syarat sebab eksaited..Hokay, dengan ini diserahkan 5 penerima award seumpamanya kepada, drumroll please… :-

Alhadi

Hasina Terebuzzu

Zafrina

Ana Nazimuddin

Aziz Laikar

Terima kasih sekali lagi Kak Jee…saya amat menghargainya 🙂

I'm A Beautiful Blogger - Recognize!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 thoughts on “Yeay…Dapat Award!”

  1. yeay dapat ek.. 😉
    suker..suker..baca bebelan monolog kamu..truskan tulisan itu walaupon tidak sbg sang jurnalis..i folo jugak kjee..=)

    p/s: kacak kamu dlm suit itu tempoh hari..=)

    1. hey naper tak bagi award ini to 5 others! itu antara syarat nak hangkut balik award ni tau.
      anyway, Kjee enjoy baca all about you. ver der….hehehe

  2. Birucyan : suit itu sebab saya ke Parlimen, harap maklum. Tiada kene mengena dengan unsur lain
    Kak Jee : hahaha, dah kasi pada 5 penerima..terlepas pandang pulak 🙂

  3. wahhh.. tahniah kak! sini adik nk komen…

    1- yer.. akak mmg jiwang orgnya.. nmpk je brutal… tp hati tisu! hehehe… (sama la kita) =p

    2 – anda mmg jaguh karok! adik tak mampu menandingi kehebatan akak ketika karok! hehehe….

  4. alah yang, rajin sebab wordpress ada App kat BB. Kalau tak memang berabuk..blog lama tu sengal.kadang2 nak update tiba2 hilang, then tonggang langgang spacing HTML IT yg i tak mahir nie..sini senang..

    btw, i tried calling u lastwik tapi tak angkat no maxis ke celcom yg aktif??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *