Yeah, Tukar Lagik!

Dalam tempoh tak sampai setengah tahun, 3 kali aku kena tukar program. Program pertama aku buat dulu, pastu ISU dan kini aku kena concentrate buat dokumentari pulak. Dalam tempoh yang sama juga, 3 kali masa ISU bersiaran bertukar daripada hari Selasa – Ahad dan mula minggu ini Jumaat! Hebat kan…

Demi memikirkan kebahagiaan sendiri aku terrrrrramat happy sebab tak payah keja hari ahad. Aku boleh pergi melepak2 seluruh Malaysia dengan Hadi lepas nie tanpa memikirkan siapa la kena bala ganti aku untuk siaran. Lebih best, aku akan berjalan-jalan seluruh semenanjung Malaysia menghindari puaka tebing biru yang berkeliaran di merata-rata tempat.

Dengan doku yang sama, aku berpeluang memangkah satu azam 2009 iaitu menghantar doku ini ke festival antarabangsa. Adalah beberapa yang festival yang kerap aku masuk kat HEA dulu. Bolehlah aku lanjutkan rutin yang sama tahun ini selepas tahun lepas hampeh geduak haram pun takde bahan aku hantar. Takde la nanti orang cakap, kalau tak suka kerja sini pindah aje la unit lain. Sebab hakikatnya, keja kat mana pun aku masih kerja untuk RTM. Kenapa ini pun boleh jadi ISU?!?!

Ok..udah-udah hal kerja sebab ia berpotensi buat aku mogok menulis lagi sekali.

****

Aku dan Hadi akan bercuti bulan depan sempena hari lahir Hadi. Jenuh memilih pakej yang murah, jauh dan best berbaloi dengan duit. Semalam selesai urusan itu dan aku menantikan Julai datang dengan ketidak-sabaran. Juga Julai ini aku akan mengikuti kursus BTN..Tak jauh pun..Kat Kelang aje. Masa aku join Khidmat Sosial Negara pas SPM dulu aku dah sampai kat kem nie. Boleh la buat imbasan sezaman he..he..he..

Hari ini, mama pergi Jakarta dan Bandung. Hari ini birthday Ali Hanafi, the only adik lelaki yang aku ada. Dan hari ini maybe Aisya dan Meera nak tido rumah. What else, my family rocks!!


Saje letak gambar Hello Kitty coz aku dengan Zaff sangat gilekan benda nie zaman Matriks dulu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 thoughts on “Yeah, Tukar Lagik!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *