Ya, Aku Tidak Dipilih Naik Pangkat..

image

Keputusan kenaikan pangkat B44 telah diumum minggu lepas. Agak lewat aku tahu sebab aku bercuti. Agak kamjat dengan nama-nama yang dapat. Tapi itu rezeki mereka..

Pembohong besar ya amat kalau aku kata aku tak sedih dan kecewa. Aku mengaku hiba hari itu sangat panjang..sampai aku rasa sijil penghargaan tak ubah seperti pembalut nasi lemak atau buat salap dizaman perang rejim pol-pot. Tika itu, nilai riel tak ubah spt tisu jamban.

Tapi aku tidak gagal. Dan aku mohon siapa sekapal juga tidak meletakkan ketidakdapatan ini sebagai gagal. Gagal apanya kalau boleh kita letakkan satu nama yang “berjaya” dan analisa pro dan kontra yang pasti memihak diri kita. Kita hanya bukan pilihan. Itu sangat tepat.

Ia tidak berakhir di sini. Ada sambungan lagi. Cuma aku berhenti untuk memberi tumpuan pada kuliah..

Still, siapa tikam siapa?  Kalau tahu jawapan, simpan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *