RSS

We Need To Talk…

August 17

Akhir-akhir ini kehidupan aku tidak seperti dahulu. Banyak yang berubah dan kesibukan jelas menjarakkan segalanya. Masa perlu dicuri untuk berkomunikasi secara TM Touch. Biasalah..kami sering lalui saat-saat seperti ini jika salah seorang atau kedua-dua kami sibuk.

Rumah tangga kita semuanya sama. Ada turun naik, pasang surut, taufan dan pelangi. Tak semua indah dan tak semua menyedihkan. Kalau sedih pun, tak mahu lama-lama sangat. Hidup kena terus demi keluarga kecil ini dan anak-anak. Sebenarnya, semua benda ini kami rasa sebab anak-anak kecil lagi dan beza umur rapat selang setahun. Bayangkan kalau kakak mereka ada, aje bersilat 6,5 dan 4 tahun di bawah satu bumbung dalam keadaan mereka yang semulajadi hiperaktif, supersonik dan megamind.

Kami lama tak bersembang heart to heart talk. Semuanya rutin biasa. Yu dah makan, yu nak makan, yu anak berak, yu anak dah cuci berak macam dan dialog-dialog lain yang tak berapa nak romantik. Susu suam dan sepinggan hirisan epal entah sudah berapa ratus tahun tak pernah kunjung tiba kala aku menunggu waktu beradu. Penat…! Dia penat, aku pun penat.

Mungkin kerana minggu lepas aku tidak sihat, jadi malam itu dia luangkan masa membawa kami semua keluar cruising – aktiviti yang sangat suka aku buat hatta dengan manusia manapun. Berkali-aku aku bagitahu, kalau tak larat kita buat hujung minggu sahaja. Esok kerja, kita semua kena rehat. Hadi kata dia larat, jadi Alza putih kami membelah lebuhraya ke destinasi yang belum pasti.

Bertemankan Mix FM yang dipasang perlahan, kami mula bersembang berdua. Mujur kedua-dua anak memberikan kerjasama dan duduk diam dibelakang. Aku sudah siapkan susu sebotol seorang. Kami siap bawa toto dan selimut sebab perangai budak-budak ini sekarang kalau sejuk mahu berselimut walaupun dalam kereta.

Biasalah berbual..How’s your day? Girlfriend yu apa cerita? Kerja okay? Kemudian kami terkeluar topik Lazada.

H: B, ai dah beli trampoline. Tadi ai dah call mama bagitahu trampoline tu akan hantar kat sana (rumah mama).
A: La, knapa tak cakap yu dah beli? I baru aje beli semalam! Takpelah nanti i jual balik kot ada sesiapa yang nak.
H: Tak payah…percayalah nanti berebut-rebut budak tu nak main. Ok la ada dua. Hmm, kenapa tak bagitahu yu nak beli?
A: Ai nak bagi tahulah ni, Yu beli bila?
H: Kelmarin …

Ah, sudah. Tak sambung lagi perbualan Lazada -kira settled. Aku dan Hadi terus diam. Kalau aku lanjutkan lagi perbualan ini nanti jadi lain. Sudahnya kami susun mood balik dan terus bersembang. Sekali-sekala Mix FM memainkan lagu cinta kenangan zaman kami belajar dahulu, lagu S Club7 – Never Had Dream Come True. Tangan aku diramas kemas dan kami sama-sama menyanyikan lagu itu. Banyaknya aku yang nyanyi. Hadi layan emosi sahaja.

Aku bagitahu, setidak-tidaknya ada perkara yang sama kami buat, cuma takde komunikasi aje. Jadi aku bercerita tentang diri aku pula pada dia.

Ok, B…ceritalah lagi, kata Hadi meneruskan bicara.

A: Oh, hari ini ai tengok balik klip HIMYM masa Lily dgn Ted buat confession atas bumbung.

H: Eh, i pun layan HIMYM tp episod yg ada Alcide tu – 12 Horny Women.
(Episod ini ringkasnya Marshall menang kes mahkamah ke atas syarikat yang merosakkan alam sekitar, tetapi dia tidak puas hati kerana syarikat itu hanya kena denda USD25,000 sahaja. Jadi dia ambil keputusan untuk jadi hakim.)

So, ada dua benda yang sama kita buat. Kenapa dengan episod tu?

Masa ini aku terfikir sama ada untuk berterus terang atau diamkan sahaja apa yang aku rasa. Tapi, disebabkan benda itu seringkali membuatkan aku rasa down, aku lepaskan semuanya malam itu juga – dalam kereta – dengan segala macam emosi semua serentak keluar. Aku %@#$…

Tapi itulah manusia yang aku pilih menjadi suami ini, dia sangat tenang. Dia faham kenapa aku ada perasaan macam Lily. Dan kemudian dia open up perasaan dia pula. Pasal kerja, kawan dan lain-lain. Mujurlah dia bukan skim tertutup macam aku. Dia boleh terbang lebih tinggi, berbanding skim aku yang penuh sailang menyailang, iri-iri dan lain-lain perkataan yang membawa konotasi yang sama. Belum terlambat untuk dia berubah macam Marshall juga.

Kami habiskan masa hampir 2 jam berbual. Ringkasnya, kalau ada apa-apa tak puas hati, cakap. Jangan simpan. Jangan biarkan perasaan itu memakan diri.

“Yu benci ai?” perlahan aku tanya.
No…no… jangan cakap macam tu…Esok hari baru, start again.

Aku pandang belakang. Anak-anak sudah tidur. Aku capai tisu dan aku kesat air mata yang tersisa. Makin banyak buat rasa makin tak cukup. Ibu mana tak sayang anak-anak tapi itulah…dengan penat badan balik kerja hendak bersaing dengan tenaga anak-anak yang tak kenal penat – aku rasa ranap.

Dan aku tak rasa aku seorang sahaja yang ada perasaan macam itu. Ramai lagi, tapi mungkin mereka lebih kuat emosi dari aku. Haih…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posted by on August 17, 2018 in Tolonglah!, Untuk Dikenang

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Skip to toolbar