Wartawan : Mencari Bahan dan Kena Bahan..

Gambar carian google..

Baru-baru ini kecoh sebentar alam penyiaran di Malaysia. Dikisahkan TV3 memohon maaf kerana ‘tidak memuatkan kenyataan Ini Bukan Aksi Sebenar’ dalam satu paparan laporan dalam Majalah 3. Rakan-rakan di Facebook memberikan pelbagai komentar berhubung isu ini. Tidak kurang mengaitkan dengan etika kewartawanan dalam menyediakan laporan untuk khalayak. Kalau diikutkan, lakonan semula, remake, mock-up, reenactment dan apa juga istilahnya bukan satu yang baru. Ya, kenyataaan – Ini lakonan semula, jangan tiru aksi ini dan lain-lain adalah bersifat wajib. Wajib untuk maklumat penonton tahu ia dibikin semula dan bagi menghormati tenaga kerja yang menggadai nyawa melakonkan aksi itu semula.

Wartawan menggunakan pelbagai sumber untuk mendapatkan bahan berita untuk disajikan kepada penonton/pembaca. Lagi hangat sesuatu isu, lagi naiklah semangat untuk membawak laporan yang pertama, yang terhebat dan segala macam ‘yang’ lain. Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan tragedi di Sandy Hook Elementary School. Seorang wartawan dari ABC cuba menggunakan media sosial untuk mendapatkan bahan untuk laporan beliau. Ada yang menyangkal cara wartawan itu dan ada yang bersetuju. Secara peribadi aku merasakan tindakan itu tidak tepat atas alasan situasi yang genting sebegitu menyebabkan manusia menjadi emosi melampau – atas faktor merisaukan mangsa/keluarga mangsa. Dari satu sudut lain, itu adalah satu ruang dan peluang untuk mendapatkan scoop. Anda boleh baca ulasan pro dan kontra di sini. 

Dalam mencari bahan, jangan sampai kena bahan. Laporan yang ‘credible’ menuntut kajian yang tinggi, kesabaran yang tinggi dan juga ruang lingkup hubungan manusiawi yang tinggi. Nama yang besar dan membawa nama tempat berkerja yang terkenal tidak menghalalkan perbuatan untuk mendapatkan berita meskipun niatnya baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *