Walk For Autism #NasomWalk2015

 

IMG-20150816-WA000_editBeberapa minggu lepas, aku menyelongkar page FB yang menghimpunkan rakan-rakan sekolah rendah. Page itu nyata bersawang. Tidak lama scroll ke bawah, terus terjumpa satu post lama. Pada post itu, aku bertanyakan pada E-pul tentang jadual-jadual larian/berjalan yang ada disekitar Lembah Kelang.

Sebelum mengandungkan Eskandar Dzulkarnain- secara tepatnya pasca Cahaya Balqis pergi – aku dan Hadi sering mengisi aktiviti hujung minggu kami dengan acara seperti ini. Kalau ada lebih rezeki kami akan berjalan ke luar negara. Itu saja caranya untuk kami lari sebentar daripada masalah duniawi dan menghilangkan kesedihan sejak kehilangan anak pertama.

Post itu terus membuat aku mengelamun sendiri. Hampir 2 tahun aku abaikan aktiviti sebegini kerana pelbagai alasan. Ingat lagi semasa KFC Walk, kami melihat ibu dan bapa berbondong-bondong menyorong stroller anak masing-masing dan mereka nampak riang dan bersungguh-sungguh.

Entahlah epiphany jenis apa, dejavu atau coincidence…

Hadi bertanya sama ada aku mahu menyertai Walk for Autism 2015. Aku ok aje, tapi anak-anak macam mana?

“Bawak sekali. Kita sorong dua-dua!”


Pagi 16 Ogos itu aku menyiapkan anak-anak dengan penuh semangat. Bekal susu, lampin, stok air panas dan lain-lain yang perlu dibawa sudah aku senaraikan dalam kepala otak. Eskandar sempat sarapan roti seadanya manakala Ezzudin hanya minum susu sahaja dulu. Kang kenyang bentak sangat pagi-pagi cepat pula keluar hasil. Kot tengah berjalan terberak pulak budak-budak ni jenuh nak berhenti.

Jam 8.00 pagi kami sampai. Orang ramai berbaju biru mula memenuhi perkarangan parkir di Citta Mall. Selepas mendapat ruang menunggu yang selesa (sementara menanti pelepasan) Hadi ke pentas utama dan mengambil gambar rakan beliau, yang kebetulan emcee dalam majlis tersebut. Aku melayan anak-anak dan sempat minum 2-3 cawan 100 Plus percuma yang ada. Aku pun tak sempat sarapan. Mujurlah tak terasa lapar sangat pun pagi itu.

11855796_10153103927250687_4165466531857134486_n

Aku usha sekeliling. Boleh dikatakan kebanyakan keluarga yang datang mempunyai anak yang ada autisme. Banyak yang hiperaktif lalu-lalang di depan tempat aku menunggu. Semuanya serba teruja menantikan acara bermula.

Aku dah tak kuasa nak kira berapa kali orang melintas dan berhenti membelek anak-anak aku. ‘Oh, so kiut, oh, so kiut’ tu dah macam air lalu. Dalam hati sejak semalam memang aku dah terasa, ini mesti diorang ingat budak-budak ni autisme jugak.

Yup, betul..

Aku menidakkan dalam senyuman. Kami sekeluarga di sini sebagai tanda sokongan. Ada seorang remaja autisme yang sangat geram dengan Ezzudin, tapi bapanya risaukan aku tidak selesa bila mana dia mahu memegang Ezzudin. Terus aku suakan pipi gebu Ezzudin untuk dia pegang. Bukan main senyum lagi dia lepas tu.. Mungkin dia tahu anaknya akan lebih eksaited selepas itu, dia terus mohon izin untuk ke ruang lain. Aku capai tangan sado Ezzudin dan babaikan perjalanan mereka..

IMG_20150816_081155

Sebelum berjalan, kami semua memanaskan badan dengan mengikut gerakan instructor di pentas utama. Sambil dukung Ezzudin aku mengikut aktiviti regangan. Eskandar sudah melekat dengan Hadi. Lepas memanaskan badan, anak-anak kami letak dalam stroller kembali dan kami menunggu perasmian pelepasan.

Kalau tak silap, kami berjalan tidaklah jauh mana, tidak sampai 3km pun. Setakat berjalan sambil tolak stroller itu kami lakukan santai-santai sahaja. Tapi jelas nampak struggle pada ibu dan bapa yang anaknya sukar dikawal. Mujur sentiasa ada van penganjur di tepi jalan untuk membawa peserta yang tidak dapat meneruskan perjalanan atas macam-macam alasan. Ada yang anak-anak sudah menangis-nangis…ada yang sudah mula peluk pokok. Tak kurang yang kaki sudah mula cramp.

Agak ralat sikit sebab tak dapat bergambar dengan Batman di situ. Dah semuanya nak bergambar dengan dia. Jadi aku tak mahulah berebut-rebut. Anak-anak aku pun tak kenal Batman. Kalau Barney tu memang aku tabahkan jugak.

IMG_20150816_092422

Sebenarnya kami mengelat juga hari itu. Anak-anak sudah tertidur dan hari semakin panas. Jadi kami pancung jalan dan terus menuju ke garisan penamat.

Semoga aktiviti seperti ini akan memenuhi kalendar hujung minggu kami akan datang. Kalau boleh sedari kecil kami mahu memupuk kecintaan yang baik-baik dalam sanubari anak-anak menerusi aktiviti seperti ini.

IMG-20150816-WA001_edit

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *