Ungu Mozaic Tour 2015

IMG-20150928-WA003

Ungu, satu nama besar baik di Indonesia mahupun Malaysia. Aku bukanlah peminat kipas mati Ungu sebagaimana adik aku yang seorang lagi tapi muziknya aku boleh layan. Lagipun lagu Ungu kebanyakannya sesuai dengan jiwa retak, pengharap dan pencinta.

Jadi minggu lalu aku berpeluang menyaksikan persembahan mereka. Terima kasih kepada Jipie atas urusan tiket dan terima kasih juga kepada Hadi kerana sudi membawa aku ke sana. Kali terakhir aku menyaksikan persembahan artis daripada Indonesia secara langsung ialah daripada Anang Hermansyah, ohai crush terbesar aku sekitar tahun 2010 lalu. Aku tidak meletakkan harapan yang tinggi pada konsert ini sebab sebenarnya aku sangat keletihan hari itu. Pergi pula lepas waktu pejabat dalam keadaan tak sempat makan dan tukar baju. Jadinya aku nak santai-santai dan enjoy the music aje.

IMG-20150928-WA005

Kebanyakan yang hadir konsert itu memang remaja belia muda-mudi yang fanatik pada Pasha. Oh, itu jelas..keluar aje perkataan daripada mulut dia semuanya terjerit-jerit tanda excited. Aku dan Hadi akak jauh daripada penonton yang lain. Kami mengambil kedudukan sedikit tersorok dan duduk di lantai sambil melunjur kaki. Lagaknya macam menghadiri konsert reggea tepi pantai sambil kami bersandar berdua.

Konsert dimulakan sedikit lewat (atau kami yang terlalu lama menunggu). Itu belum masuk video khas 10 tahun Ungu dalam industri yang sangat lama dan sedikit menjemukan. Aku dah macam ‘seriously? seriously? 16 juta kali. Mereka membuka persembahan dengan laguĀ Hampa Hatiku dan disusuli dengan lagu Percaya Padaku. Maaflah….aku memang gagal tajuk lagu tapi aku boleh melagukannya dengan baik bait-bait lagu yang lain.

IMG-20150928-WA006

Bila lagu “Kekasih Gelapku”, semua sawan! Maksud aku dengan aku sekali sawan. Rasanya semua orang layan lagu bukan sahaja kerana melodinya yang indah, liriknya juga jujur.

Memang boleh dijangkakan bila pergi konsert-konsert macam ini akan ada biawak yang ‘I love you Pasha, I love you Pasha’ tak tentu hala. Yang belen-belen atas pentas tu diorang tak peduli pun – entah-entah tak kenal. Untunglah jadi vokalis yang kebetulan bersuara bagus dan hensem…

Lagu terakhir – Cinta Dalam Hati. Maka menitik-nitiklah airmata dek penangan lagu terakhir ini. Merah-merah mata adik-adik perempuan semua tu. Sedih sangatlah rasanya. Akak sebak jugaklah sikit-sikit..Kang beriya-iya teroyak orang sebelah tanya pulak ‘yu ni dah kenapa?’

IMG-20150928-WA010

p/s : sound system konsert ini jauh lebih baik daripada konsert Bon Jovi. Tapi satu penilaian yang tak adil sebab ini konsert tertutup.

IMG-20150928-WA011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *