Ular Sawa – Hidup Kami Dalam Geli-Geleman..

Gambar Hiasan : Tqs bomba yang da bomb..
Beberapa minggu lalu kecoh dikawasan kejiranan aku di PJ Oldtown, Seksyen 5 ini dengan penangkapan seekor ular sawa. Aku tak pasti besar mana. Tapi menurut gambar yang dilihat oleh Hadi, agak besar jugaklah ular sawa tu..

Seram aku kejap..Sampaikan kalau keluar rumah tu mesti mata aku meliar pandang kiri dan kanan. Manalah tahu tiba-tiba muncul seekor lagi buat standing ovation depan mata..

Tak lama lepas itu, kecoh lagi! Mamat-mamat yang main badminton sampai pukul 3 pagi kat padang depan rumah tu nampak ada seekor lagi ular sawa. Bomba dipanggil tapi kali ini ular itu tak dapat di tangkap. Sekali lagi aku ‘seram-burn’ dengan kemunculan ular sawa yang entah datang dari mana agaknya…Kalau datang dari Bukit Gasing, alamat menggigil kepala lutut aku nak trekking dikawasan itu..

Pagi tadi, sekitar jam 3.30 pagi adik aku, Aisyah gegar pintu bilik. Aku ingatkan pencurik ke, hantu ke..Rupa-rupanya depan rumah bomba tengah bertungkus-lumus menangkap seekor lagi ular sawa. Panjang kalau aku estimate adalah dalam 2 meter..Terima kasih kepada mamat-mamat yang main badminton tu sebab menjadi anggota Rela sambil beriadah subuh-subuh yang syahdu itu.

Tapi aku tak rasa kisah ini berakhir pagi tadi. Sebab kalau dah tangkap 2 ekor, makanya adalah lagi famili ria yang berkeliaran, just that tak tahu di petempatan dan kordinat mana.

Aku geli, takut, seram, uwek-uwek etc dengan ular..Apa yang misteri kenapa ular itu muncul dekat sebelah umah aku, 3 kemunculan ditempat yang sama. Apakah disebalik pokok-pokok bunga yang menyemakkan pandangan itu ada koloni yang tersembunyi?

Nauzubillah….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *