Ukulele…

Kelas yang happening!
Kelas yang happening!

Sebenarnya sudah lama aku mahu belajar main ukulele. Aku sebenarnya memang buta taugeh. Boleh main gitar tapi setakat lepas lagu M.Nasir aje. Ada keinginan nak ambil kelas muzik secara serius tapi ketika itu Hadi tak berapa galakkan.

Tapi ukulele lain…dia juga ada keinginan untuk mencuba bermain dan belajar. In fact, dialah yang mendapatkan info tentang kelas ukulele di Publika beberapa minggu lepas. Mungkin sebab lagu La Vie En Rose dan drama How I Met Your Mother menyebabkan dia terasa mahu menjebakkan diri. Layankan saja.. Tampak kool bila kami laki-bini boleh jamming sama-sama 🙂

Jadi petang yang indah itu kali pertama kami ke kelas ukulele yang berkonsepkan santai, pantai dan Hawai. Aku dan Hadi paling tidak menepati tema, maklum aje datang dari Melaka mana sempat nak balik tukar baju. Kami di ajar 5 chords yang sering digunakan. Sebenarnya tak susah…tapi bila nak dapatkan chord G tu payah jugalah kalau kena bertukar-tukar note.

Kata pengajar tu, aku macam selalu main sebab tak kekok sangat. Langsunglah tidak…hari itu baharulah aku belajar sebenarnya. Jadi sekarang ini kalau setakat lagu I’m Yours, Somewhere Over The Rainbow dengan Soul Sister tu aku dah boleh main dengan lancar. Lama-kelamaan dengan bantuan youtube baharulah aku mula belajar lagu Wonderwall, Ode To My Family dan Wherever Whenever.

Sayangnya aku tak boleh nak tumpukan sangat perhatian pada minat baharu ini sebab aku kena bahagikan masa untuk pelajaran dan keluarga. Apapun aku seronok sebab salah satu perkara yang aku teringin buat sudah boleh dipangkah dalam senarai perkara yang mahu aku cuba.

Uku Oren..lovin it
Uku Oren..lovin it
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

2 thoughts on “Ukulele…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *