UKK Box Office Nite 2016

15230681_1216416625109322_3064889702547011829_n

Kalau nak diikutkan, aku memanglah tak gemar majlis bertema-tema kecuali tema makan sampai kenyang atau tema bebas. Itu lebih memudahkan aku nak datang tanpa memikirkan elemen tatabusana, elemen pemasaran dan elemen bedak setong. Jangan salah sangka, aku tidak anti aktiviti sosial untuk acara-acara seperti ini. Aku cuma tak reti…Tapi kalau ada majlis yang memerlukan tema-tema, aku join sahaja tanda sokongan kepada penganjur majlis.

Bila rakan-rakan pejabat mencadangkan majlis makan malam unit, aku asalnya memang tak dapat ikut. Tarikh asal yang dipilih iaitu 18 November, aku sudah ada rencana lain iaitu bercuti dan menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-10. Disebabkan tarikh itu dianjak seminggu selepas itu semata-mata kerana aku tidak lapang (eceh-ceh perasan) maka aku menyatakan kehadiranmu, sesudah gerimis memberi erti dalam percintaanku…. Setuju la maksudnya 🙂

Tema yang dicadangkan ialah watak daripada filem. Ah, sudah…sangkut juga otak aku memikirkan nak pakai apa. Aku pernah fikir pakai aje kain batik, baju lusuh dan duduk berteleku macam Mak Perani, filem Bujang Lapok. “Dua-dua mak tak nak, Perani…” Tapi semua gelakkan aku sebab diorang ingat aku main-main. Ini seriuslah…Yang paling puaka, sibuk mencadangkan aku jadi Princess Fiona. Nampak tak? nampak tak? Semua cubaan untuk mengurangkan pesaing kategori Pakaian Terbaik la tu…

Jenuh fikir…mujurlah Groupon menjadi penyelesai masalah. Aku beli kostum Stitch (Lilo & Stitch) dengan harga RM55 sahaja. Tak payah sewa, tak payah deposit dan tak payah pulangkan balik. Yang utama, tak payah make-up! Bila penghantaran sampai, Abang Mie orang paling kaget. “Abang tak pernah nampak bungkusan besar macam tu hantar kat ofis”, katanya…Bungkusan terus aku buka dan waaaaah, memang menepati saiz, piawaian dan imaginasi. Beberapa orang di pejabat sudahpun tahu pakaian apa yang aku pakai. Tiada niat nak rahsia-rahsia pun.. 🙂

15241858_1216394281778223_8935709963917290697_n

Kostum itu aku bawa balik rumah. Malamnya, aku cuba pakai dan peragakan depan anak-anak. Kedua-duanya – tiada perasaaan! Diorang pandang aku sekali dalam 2 seken, pastu tengok Barney balik. Sedih kejap..takpelah diorang pun bukan kenal watak ini. Masa Hadi pula balik, aku sembunyi balik recliner, tapi telinga Stitch tu boleh nampaklah. Hadi masuk dan reaksi dia cuma “eh, apa ni?” Bila aku lompat-lompat bunny kejap baharulah dia cakap, “oklah…kenalah dengan tema tu…”. Terus aku tanggal kostum itu dan sangkut balik dinding. Agaknya aku patut jadi Barney baharulah semua orang dalam rumah ni eksaited. Masalahnya, kalau aku jadi Barney, orang-orang kat ofis tu semua nak jadi & Friends aje. Nampak tak, nampak tak? Akal semua orang tu…

Disebabkan majlis dibuat pada hari Jumaat malam, aku cadangkan kepada Hadi agar kita bermalam terus di hotel itu. Hadi yang uruskan tempahan hotel dengan menggunakan kelayakan pakej percutian yang kami langgan. Dapatlah merasa duduk Junior Suite. Harga satu malam bilik itu ialah RM290.

Akhirnya, hari yang dinanti tiba juga. Sebenarnya aku diamanahkan untuk  menguruskan games pada hari kejadian. Aku boleh aje buat game, tapi kang executionnya hambar tak best la pulak. Ada dekat seminggu aku memujuk boss Aie untuk bersetuju handle game tu. Nak suruh Rizal, dia dah sibuk jadi pengacara. Pulak tu asyik membetulkan kain aje kojenya. Game yang nak buat pun Jumaat pagi nan indah sebelum majlis jugalah yang kami fikir nak buat apa. Tq bos 🙂

Aku daftar masuk hotel pukul 3.30 petang. AJK yang menguruskan dewan sibuk dengan persiapan mereka. Disebabkan aku dapat  baucar minum selamat datang, maka aku dengan bos pun menggunakan baucar itu dengan penuh sopan. Lepas minum, aku terus masuk bilik yang fullamak weh…cantiknya bilik itu. Tapi aku takdelah ambil gambar. Tak lama kemudian, datanglah beberapa rakan ofis yang lain tumpang berdandan dan mandi-manda.

15193651_1216400435110941_5427095704955947898_n

Majlis bermula agak lambat sebab menunggu kapal bos besar berlabuh dari China. Kehadiran bos kami sambut dengan barisan panjang pelbagai karakter dan acara bergambar dengan hebatnya bermula. Warga UKK ni memang hebat bab bergambar. Aku tidak banyak menempel untuk bergambar sebab hehehe..aku ni pemalu sebenarnya. Satu lagi, aku sibuk dukung Ezzudin. Oh, kami satu keluarga Hadi ya kebetulan dengan tema. Hadi sebagai Cikgu Shaari manakala  Eskandar dan Ezzudin pakai t-shirt Superman. Memang tak rancang…kebetulan aje tu. Selepas makan, Hadi bawa anak-anak naik bilik dan baharulah aku boleh bersosial dengan masyarakat lain.

15241902_1216402108444107_8352051935394435695_n

Semuanya berjalan dengan lancar dan meriah. Majlis seperti ini, tiada paksaan konsepnya. Nak join, silakan. Tak join, tak apa kami faham. Itu sebab aku rasa happy ada juga rakan-rakan  dari unit lain sudi join majlis kami itu. Kalau tak silap, hampir 4 bulan kutipan dibuat untuk sesiapa yang mahu membuat bayaran secara ansuran.

15134754_1214772608607057_6128572009168529452_n

15253429_1215744165176568_2288751134882539109_n

Rezeki dalam majlis, merasalah akak dapat hamper. Ok la daripada dapat pemukul telur hahahaha…hahahaha…gelak lagi siapa yang dapat tu. Aku aim luggage bag sebenarnya..tapi bukan rezeki 🙂 Tahniah kepada yang dapat ya..

15171176_1214915451926106_1987066616950973435_n

15192741_1216390068445311_5681784556232326461_n

15171012_1216398618444456_8424024907720587239_n

15230543_1215743998509918_1572711008520098939_n

15220254_1215744131843238_7652035976778835202_n

Habis aje majlis, aku naik bilik dengan rakan-rakan yang tumpang barang dalam bilik. Diorang ambil barang masing-masing dan aku terus tanggal baju. Dewan dan luar dewan perlu dikemaskan. Ramai yang membantu..Justeru kerja mengemas cepat siap. Aku naik bilik balik dalam pukul 12.00 tengah malam.

Punyalah penat..dan lapar! Aku tak puas makan sebab sibuk uruskan anak-anak. Tapi itu tak penting sangat..Yang penting larut malam itu aku bersembang dengan Hadi sampai pukul 2.30 pagi! Betul-betul punya heart to heart talk. Masa di Langkawi seminggu lepas, kami tiada peluang untuk bersembang lama macam ini. Macam-macam yang kami bualkan, termasuk perancangan masa depan. Apa nak jadi, apa nak buat semua ada…

Mungkin sebab hotel ini best sangat, anak-anak yang selalunya bangkit awal, bangun pukul 7.30 pagi.  Kami kemudiannya bersarapan dan kemudian teman anak-anak mandi dalam bath tub. Nak bagi diorang letih aje sebenarnya. Lepas daftar keluar, kami akan terus balik Melaka.

Takde maknanya…anak-anak steady aje sampai Melaka.

Untuk menutup cerita, Malam Box Office UKK 2016 memang sangat manis…Ramai yang bertukar menjadi cantik dan muda. Eh, cantiknya..eh, lainnya semua lengkap. Yang penting, semua sporting…tahun depan aku nak cadangkan tema alam haiwan – sebab aku dah ada pakaian. Ok bye…

15220140_10207264572802126_616471751140102762_n

p/s: Gambar ehsan Liz Liz Liz dan Eja…tq badak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *