Tuan Tabib Masak Ayam Panggang dan Biskut Raya!

Orang kalau dah start henjen buat kuih, memang susah nak tarik hand brake. So aku sajalah tanya tuan tabib kot-kot ada buat kuih ke hari ini.

Ha, mendapat…”I buat biskut nestum”. Entah macam mana rupa parasnya tak pernah aku tahu. Aku mintaklah gambar…
Me: Tak jatuh ke nestum atas tu?
Him: Tak…i sapu telur…

Kak Benny kau sapu ayor mata ajelah. Bukan sebab bisekut tu. Tapi gambar yang menyusul menjelang petang.
“B…I buat ayam panggang maduuuu….” text beliau dengan penuh mesreee.

Dah la dia maklum aku ni sejenis bini yang suka makan ayam macam tu. Merenung skrin ajelah hari ini.

Tak sabar nak balik. Tahulah aku nak bikin sos super lazat untuk dimakan dengan ayam panggang yang tak ubah macam ayam golek Jebat yang sedap giler kat Paya Luboh.

Sabar ya, seminggu aje lagi. Habis semua kerja menjelang Syawal nanti I akan balik. Please buatkan I kek vanilla. Kita belum sambut lagi ulang tahun hubungan kita yang ke-20 tahun ini.
P/s: Surat makluman dah terima, takde rezeki. Insya Allah ada rezeki lain menyusul. Tenang-tenang aje…

#hadicancook
#haditakdefb
#abbyhadi
#forevermeansforever

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *