Tuan Tabib Buat Kek!

Aku pernah post pasal Eskandar Dzulkarnain menangis masa video call dengan aku minggu lepas sebab dia nak makan kek. Hari gaji lepas masa Hadi beli barang dapur untuk kegunaan dia, dia sempat singgah kedai kek dan beli 1kg kek. Kedai pun tak kuasa nak meniaga, dia dapat diskaun 50% utk kek itu. Walaupun 2 orang aje anak yang makan, kek hanya bertahan 2 hari.

Hari ini sesuatu yang tak pernah aku jangka terjadi – Hadi buat kek untuk anak-anak! Bukan setakat kek, dengan toppingnya sekali. Banjirun la Kak Benny kau kat opis ni tengok gambar anak-anak makan kek yang abah dia buat. Sepanjang umur aku, aku tak pernah buat kek. Buat puding jagung bolehlah. So bila dia ambil inisiatif untuk belajar buat sebab anak-anak suka makan, aku tahu anak-anak aku ada dalam tangan yang betul. 

Kami patut celebrate ulang tahun hubungan yang ke 20 Mac ini. Sudah 28 hari aku belum ada kesempatan untuk bersama dengan mereka. Setiap kali bersembang kat telefon, mulalah aku berjurai-jurai. Aku tak boleh nak describe perasaan tu macam mana. Belum masuk rasa hiba sebab dalam tempoh begini aku tak boleh balik ke Lembah Keramat untuk ziarah pusara anak dan abah aku dan jumpa mama.

Jaga anak-anak aku bukan mudah. 2 hari lepas Ezzudin Dzulfikar terajang cermin kereta sampai pecah. Itu punca-punca serabut jugak tu. Masa MCO ni bukan semua bengkel buka. Harap-harap takde lagilah dugaan anak-anak ni sepanjang aku jauh dari mereka.

So Makcik Kiah boleh ketepi. Tuan tabib dah pandai buat kek . Dan Kak Benny kau sikit pun tak kisah dia nak shopping kat Aeon. Afterall, best woman win kan. Nak-nak kalau dia cakap dia nak belikan PS5.  🙂 (tiberrr…).

#mifamilia
#forevermeansforever
#myADHDson
#myautisticson
#supermomyangcengeng
#apabilakakbennymenulis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *