Trust..

image

Ini isu besar dalam hidup aku. Susah untuk aku percaya orang selepas beberapa kali terkena. Baik berkawan dan segala macam pertolongan, aku serik dengan pengalaman. Apatah lagi bila melibatkan nama menjadi penjamin dan kewangan, akan aku tolak atas sebab musabab di atas.

image

Berapa lama masa diperlukan untuk percaya pada orang lain?Jujur pada aku tiada satu durasi masa. Ia boleh jadi bertahun-tahun dan mungkin atas sebab kimia ia boleh terbentuk awal. Sudah pasti faktor-faktor lain turut menyokong asas pembentukan satu rasa percaya. Dan ia lebih mudah dan indah bila tiada prasyarat yang membebankan mana-mana pihak. Alhamdulillah aku dikelilingi bulatan rakan-rakan sungguh indah. Baik ketika susah apatah lagi bergelak ketawa formalin mereka sentiasa ada bersama.

image

Kepercayaan mengambil masa untuk dibina tapi boleh runtuh sekelip mata. Aku mohon sangat kepada insan yang sudah aku letakkan kepercayaan agar tidak mengonar kesetiaan itu dalam pelbagai bentuk.

image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *