Transformers:Dark of The Moon – Apakah?

Senang cerita,aku tak pernah minat Transformers. Ya, zaman kanak-kanak riang cerita ini amat popular tapi aku sedikit pun tidak pernah mencuba untuk memahami masalah hidup autobots ini semua. Pernah dengar Merrie Melodies? Itu aku layan..

2 malam lepas aku dan Hadi berkesempatan menonton filem ini di Cineleisure, Damansara. Berjaya sang suami mendapatkan ‘couple seat’ dan tanpa bekalan air dan kudapan kami masuk dalam panggung tanpa sikit pun aku meletak harapan yang besar. Untuk pengetahuan, yang 1 dan 2 aku hanya menonton DVD.

Terus-terang cakap aku tak tahu nak tulis apa..Aku menyumpah seberapa lama durasi filem itu sebab panggung tu macam celaka panasnya. Ingatkan aku seorang. Hadi dah berpeluh-peluh dan orang sebelah aku dah menggelisah.

Yang aku faham cerita ini ialah 2 puak robot emo yang bergaduh, pengganti Megan Fox yang bibirnya macam kena sengat lebah dan entah, itu ajelah kot. Cuma ada beberapa perkara yang buat aku ingat Transformers 3 ini :-

  • Patrick Dempsey : dia keluar aje aku dah senyum-senyum gatal…
Patrick Dempsey yang aduhai..
  • Fatuush : John Turturro atau senang ingat Phantom dalam filem Zohan. Dia muncul aje aku dah gelak
Kau tetap Fatuush
  • Stupid Blonde Bitch pekat ya amat bunyi British..Awal kemunculan terus tayang selulit.
Miss tayang selulit
  • Spock’s Quote. Oh, mentang-mentang Sentinel tu guna suara Leonard Nimoy menjadikan relevankah quote Star Trek.
The needs of the many...

Tapi kalau korang memang suka cerita ini, layankan aje. Cuma kalau ada sambungan lagi tolonglah jangan ajak aku tengok, terutama dekat panggung yang aku dah pangkah tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Replies to “Transformers:Dark of The Moon – Apakah?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *