Transformasi Program dan Stesyen : Keremajaan Apakah?

Ia adalah sesuatu kenyataan yang klasik. RTM harus meremajakan program dan stesyen mereka menepati kehendak sejagat dan tok nek-tok nek lain ke arah transformasi seperti yang dilaungkan pak menteri. Wartawan media cetak yang menulis juga bukan main menggunakan seindah-indah bahasa dan contoh ke arah keremajaan hippies dan muda belia. Mengambil contoh manusiawi dan memuji orang-orang itu dan ini yang melaksanakan bla..bla..bla..

Secara peribadi aku katakan mereka sendiri yang berkata bergantang-gantang itu tidak menonton RTM. Bagilah apa juga alasan, gambar tak cantik, bunyi tak sedap,  tak gemar dan lain-lain. Program sedia ada sebenarnya seiring dengan program yang ada di stesyen swasta. Bahkan jika dihantar ke festival luar negara, ada yang pernah menang pun. Aku berani cakap program seperti Explorasi, Xpresi Kembara hatta Agrotek sekalipun kalau disiarkan di stesyen swasta mampu menarik khalayak yang ramai menonton.

Jadi, tidak cukup remaja dan transformasikah? Ini yang pertama –  cakap senang padahal sebiji butir apapun orang tu tak faham 🙂

Penambah-baikan dan pengisian program dibuat saban musim. Ada yang berubah, cuba yang menonton perasan atau tidak. Jadi nak salahkan penonton atau penerbit kalau jadual siaran memanjang tukar? Dari elok hari Sabtu jadi Selasa, dah mengumpul penonton dan promosi macam nak roboh tukar lagi dan lagi dan lagi. Siapa yang tak setuju dengan kenyataan ini? Aku gerenti semua penerbit pernah laluinya sama ada dengan senyum, bantahan, redha atau lantakkan aje.

Errr…tranformasi tu kena tukar jadual belting mengikut mergastua ke arah tranformasi transformer decepticon? Ini yang kedua – cakap sonang, padahal sekelumit apa korang tak faham.

Ini aku tak masuk lagi kes artis berjadual, artis takde jadual, staff tak bole claim, penjimatan bla bla bla tapi kalau program tak megah mana tu boleh aje.

Program mana yang sendu, harus diperbaiki. Itu aku setuju, tapi program itu terbitan in house atau beli? Asal siar RTM main pukul rata aje, padahal yang menilai proposal, menilai kualiti program swasta serta pembikinnya itu perlu dibawa kemuka pengadilan. Mentang-mentang namanya kakitangan kerajaan, kadang-kala diperlakukan macam orang tak sekolah oleh pangkat tinggi-tinggi yang datang dari mana-mana entah!

Jadi nak salahkan siapa? Transformasi mananya? Banyak geng…Jangan pelupuh yang sibuk buat kerja termasuk pemandu yang tinggalkan anak isteri untuk membantu penerbitan menyiapkan tugasan. Bahagian penjadualan, bahagian pemasaran, strategik, kajian apakah dan lain-lain. Itu belum masuk permintaan mengarut selitkan itu ini sebab dia kenal ngok ngek tomakninah lain. Sekatannya lebih dasyat dari 44 army block yang aku kena di sempadan Thai.

Nasib aku cuti..kalau tak aku lancang mulut aku menjawap. Kalau nak remaja sangat – pergi cucuk susuklah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *