Tipu Kena Culik..

 

Budak-budak sekarang memang advance..Kalau takde duit sangat pakat dengan boifren dia kena culik dan minta wang tebusan yang tak munasabah. Setakat mintak RM 5,000-RM 10,000 tu nampak sangat daif akal satu penipuan penculikan. Perempuan tu sudahlah bengap, dapat boifren pun bangang macam dia jugak.

Lain kali kalau nak menipu kena culik, jangan setakat mintak wang tebusan. Mintak kereta, rumah dan kalau rasa bapak kau mampu, mintak jet peribadi sekali.

Bangkai!

******

Culik: Wanita ditahan minta wang tebusan

02/10/2012 8:34pm

 

SHAH ALAM — Seorang wanita yang cuba memperdaya ibunya bahawa dia diculik, dan meminta tebusan RM10,000, ditahan bersama teman lelakinya di sebuah bilik hotel di Taman Tema Genting Highlands, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd. Adnan Abdullah berkata, polis menahan wanita berumur 20 tahun itu, yang bekerja sebagai jurujual sambilan dan teman lelakinya, seorang penganggur berumur 18 tahun, pukul 11.30 malam.

Kedua-duanya ditahan reman sehingga Sabtu ini.

Polis bertindak setelah menerima laporan daripada sepupu wanita itu pada pukul 4.32 petang hari yang sama, yang melaporkan ibu saudaranya, iaitu ibu mangsa, mendapat panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa menculik anak perempuannya dan meminta wang tebusan RM10,000 yang perlu dimasukkan ke dalam akaun anak perempuannya itu.

“Kedua-dua suspek dipercayai merancang untuk mendapatkan wang dari keluarga mangsa dan menjadikan mangsa sebagai tebusan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, wang tebusan belum lagi diserahkan kepada penculik tersebut. — BERNAMA

Dipetik dari Kosmo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *