Tidak Berhenti Berharap…

image

Imbas kehidupan aku dari mulanya 2012, banyak yang terjadi. Suka duka hiba kecewa bersilih ganti. Tak peduli lingkup pendidikan, peribadi, persahabatan dll banyak yang tidak memihak kepada aku. Bila waktu suka, mulalah aku memikirkan apa pula dugaan disebalik kegembiraan ini. Ketika diduga juga aku ajukan soalan yang sama pada hati, apa pula rezeki yang bakal aku dapat. Aku tahu langit tak selalu cerah. Aku kerap terkhayal memerhati warna dan mencerap rupa bentuk awan dengan imaginasi aku yang sukar aku sendiri tebak. Aku selalu gagal. Ia sangat menyakitkan. Sebenarnya laluan hidup aku itu cantik kerana ia mempunyai jalan cerita berpenghujung aku dapat apa yang aku mahu-tidak kisahlah mengambil-kira tempoh ia menjadi nyata. Berani gagal? Aku takut juga.. Berani mencuba? Aku takut juga.. Berani buat? Aku takut juga… Berani tanggung? Aku takut juga.. Sudahnya aku buat juga sebab aku tidak berhenti berharap. Berani berharap, beranilah buat walaupun aku takut juga. Hey, kau masih mahu bangun esok pagi dan cium bau kopi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *