The Voice Musim 8

The Voice Musim 8 sudah hampir sebulan bersiaran. Aku sahaja yang super sibuk sampai tidak sempat untuk membuat apa-apa catatan tentangnya. Aku masih #TeamBlake, tiada perubahan di situ.

Untuk #BlindAudition Blake Shelton telah memilih peserta-peserta berikut :-

Hannah Kirby
Hannah Kirby
Cody Wickline
Cody Wickline
Brenna Yaeger
Brenna Yaeger

 

 

 

 

 

 

Brian Johnson
Brian Johnson
Brooke Adee
Brooke Adee
Corey Kent White
Corey Kent White

 

 

 

 

 

 

Joshua Davis
Joshua Davis
kelsie may
Kelsie May
Matt-Snook-01-575
Matt Snook

 

 

 

 

 

 

Travis Ewing
Travis Ewing
Meghan Linsey
Meghan Linsey
Bay Brooks
Bay Brooks

 

 

 

 

 

 

Jacob Rummell
Jacob Rummell
SarahPotenza_Null_1455x1455_KO
Sarah Potenza

 

 

 

 

 

 

Apa yang menarik dalam The Voice ialah aku sentiasa menunggu lagu-lagu baru atau lama yang digubah semula dengan elemen yang lebih segar. Kalau tak segar pun jadi lebih sedap daripada yang asal.Pastinya itu adalah playlist baharu yang wajib aku cuba bila sesi karoke di kotak merah (waaaalaupun sudah berzaman aku tidak ke sana kerana masalah masa.) So far, adalah 3-4 lagu yang tiba-tiba aku tahu atau aku suka balik. Dan kebanyakan lagu-lagu ini #TeamBlake la puncanya. Tak pasal-pasal aku terjebak dengan Hunter Hayes.

Trivia The Voice Musim 8 :-

1. Hannah Kirby dicuri oleh Pharrell dalam pusingan battle rounds. Dalam battle rounds dengan team Pharrell, dia sekali lagi dicuri tapi kali ini oleh Blake. Situasi ini tak ubah seperti yang dialami oleh juara musim lepas,Craig Wayne Boyd. Adakah Hannah Kirby mampu melakukan yang sama?

2. Meghan Lindsey sebenarnya adalah seorang artis yang popular di Nashville. Dia merupakan ahli kumpulan Steel Magnolia. Tapi karier beliau di sana ibarat hampir suam-suam kuku adanya.

3. Sarah Potenza menyanyikan lagu The Faces – Stay With Me dan berjaya mendapat 4 kerusi. Persembahan beliau memang mantap walaupun sudah berusia.

4. Brenna Yaeger merupakan artis paling membazir (pada aku) yang Blake pilih. Dia menyanyikan lagu Miranda Lambert – The House That Built Me. Itu lagu faveret aku. Dia nyanyi tak sedap…

5. Cody Wickline – mamat country yang separa hensem menyanyikan lagu lama He Stopped Loving Her Today oleh George Harrison. Memang syahdu..Khabarnya walaupun The Voice belum habis bersiaran dia telah ditawarkan kontrak rakaman di tempat country-country tu jugak.

6. Joshua Davis mempunyai suara yang sumpah sedap. Dia ada harapan menang tapi dia bukan peserta feveret aku.

p/s : Minggu ini minggu knockout. Blake ada harapan memang lagi sebab ramai juga artis-artis dia dicuri oleh juru latih lain. Yang lebih best, dia sendiri curi artis dia. So, chances #TeamBlake untuk mara tinggi. Disebabkan sudah 8 musim, peserta-peserta yang bertanding memang lebih hebat daripada tahun-tahun sudah. Nantikan sahaja. This is The Voice!

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *