The Mentalist & Misteri Red John

the-mentalist-the-mentalist-8522362-1280-800

Akhirnya persoalan siapakah Red John terjawab dalam musim 6 siri drama The Mentalist. Tidak pasti, akan adakah musim 7. Nyatanya pengakhiran siri 6 memberikan kepuasan pada aku yang setia menanti dari musim pertama – siapakah Red John. Tidak keterlaluan aku katakan misteri siapakah Red John ciptaan Bruno Heller setakat ini adalah satu-satunya pembunuh bersiri paling dramatik, penuh teka-teki dan mengikat penonton untuk merungkai pelaku misteri itu. Syabas buat mereka, syabas CBS.

Umum mengetahui Patrick Jane telah mengenal pasti 7 suspek utama akan siapakah Red John. Petanda yang dia tahu hanyalah ialah Jane pernah bersalam dengan Red John, tetapi mereka tidak berkawan. Jane akhirnya berjaya menyimpulkan 7 suspek. Mereka adalah :-

  1. Bret Stiles – Ketua Visualize
  2. Gale Bertram – Pengarah CBI
  3. Ray Haffner – bekas penyelia CBI
  4. Reede Smith – Agen FBI
  5. Bob Kirkland – Agen Homeland Security
  6. Thomas McAllister –  Sherif di Napa
  7. Brett Partridge –  Pegawai forensik CBI

 

994019_10151883015869861_1095825018_n

Pada awalnya, Jane hanya memberitahu senarai nama ini kepada Lisa Lisbon sahaja. Lisbon beritahu pada Van Pelt, Van Pelt bagitahu pada Rigsby dan Rigsby dan Rigsby bagitahu pada Cho. Agak kelakar bila Cho yang perwatakannya keras mengatakan dia tidak memberitahu kepada sesiapa berhubung senarai tadi.  Lisbon meminta Van Pelt meletakkan ‘bug’ untuk mengawasi pergerakan ketujuh-tujuh suspek ini.

Dalam senarai ini, suspek pertama yang digugurkan ialah Brett Partridge. Satu malam di pejabat, Lisbon mendapat panggilan yang mengatakan ada kecemasan dan pemanggil meminta disambungkan ke pejabat Lisbon. Berdasarkan pemerhatian terhadap suspek, Brett Partridge dikenal pasti berada di kawasan yang dilaporkan. Ketika tiba, dia berada dalam keadaan nyawa-nyawakan ikan tetapi sempat memberitahu Lisbon ‘trademark’ Red John iaitu ‘Tiger Tiger’.

Suspek kedua yang digugurkan dari senarai ialah Bob Kirkland. Awalnya, aku meneka Bob ialah Red John. Bob seorang yang sangat misteri, cakap pun semacam dan karakter yang didukung kuat untuk menyabitkan akan dialah suspek utama sebenarnya. Nyata telahan aku salah. Dalam satu episod, Bob Kirkland dan Reede Smith telah mengadakan satu perjumpaan rahsia. Bob menyatakan dia telah memeriksa latar belakang Reede, seorang agen FBI yang bersih. Justeru dia menawarkan satu usahasama untuk mengesan siapakah sebenarnya Red John. Bob melafazkan kod rahsia Red John kepada Reede, tetapi Reede tidak tahu apakah itu ‘Tiger, Tiger”. Setelah berpuas hati dan yakin dengan reaksi Reede, baharulah Bob menyatakan yang dia sebenarnya mengesyaki Red John adalah satu pertubuhan yang mempunyai kata laluan khas iaitu ‘ Tiger, Tiger’. Reede bersetuju untuk berkerjasama dengan Bob untuk mengesan siapa dan apakah Red John. Dipendekkan cerita, atas satu insiden Bon ditahan polis dan dikatakan mati kerana cuba melarikan diri. Menariknya di sini, dia ditembak sebanyak 6 kali oleh Reede. Reede kemudian menyerahkan pistol yang digunakan kepada pemandu yang ditugaskan untuk membawa Bob ke penjara. Kedua-dua mereka menggunakan kata laluan ‘Tiger, Tiger’.

Tinggal 5 suspek sahaja lagi. Jane merancang untuk menemukan kelima-lima suspek ini di satu lokasi dan menyelesaikan misteri Red John kerana dia telah mendapat maklumat Red John mempunyai tatu 3 titik di lengan kirinya. Kelima-lima mereka bersetuju untuk bertemu kerana diumpan dengan berita Jane sudah tahu siapa sebenarnya Red John.

Kelima-lima mereka bertemu. Mereka diminta menunjukkan lengan kiri. Ia dimulakan dengan Ray Haffner, Bret Stiles dan Sherif McAllister. Tatu 3 titik dilengan McAllister menyebabkan Jane mengalakan senapang ke arahnya dan bersedia untuk menembak, namun dihalang oleh Bret kerana Bret menyedari lengan Reede dan Bertram mempunyai tatu yang sama! Maka benarlah sebenarnya Red John itu bergerak dalam satu pertubuhan.

Red_John_Motivator_by_Petit_J

Satu letupan berlaku. Ray Heffner, Brett Stiles dan McAllister mati ditempat kejadian. Reede melarikan diri tetapi sempat ditembak oleh Lisbon yang berjaya ke lokasi – walaupun diperdaya dan ditinggalkan oleh Jane di tepi pantai sewaktu mereka dalam perjalanan untuk bertemu kelima-lima suspek tersebut. Jane cedera ringan dan dimasukkan ke dalam hospital. Bertram cuba membunuh Jane ketika dihospital tetapi belum sempat dia berbuat demikian,dia hampir sedar dan Bertram terus melarikan diri dari hospital. Jane memberitahu Lisbon yang Bertram mempunyai tatu dan itu membuatkan Lisbon terkejut besar kerana Bertram betul-betul disebelahnya sebentar tadi.

CBI membuat satu sidang media tergempar dan Jane sendiri memberitahu media – Red John yang dikehendaki, yang membunuh isteri dan anaknya ialah Pengarah CBI iaitu Gale Bertram. Bertram yang dalam pelarian akhirnya mahu bertemu Jane di kawasan perkuburan di mana  anak dan isterinya disemadikan. Mereka bersetuju bertemu di gereka berhampiran perkuburan tadi. Di situ, Bertram memberitahu dia sendiri tidak tahu siapakah sebenarnya Red John. Dia diarahkan oleh ‘Red John sebenar’ untuk membunuh Jane. Akan tetapi, dia yang ditembak oleh seorang ahli pertubuhan yang dibawa sama oleh Bertram ke perjumpaan tadi. Terus, ‘Red John sebenar’ keluar dari persembunyian dan dia adalah……….Sherif McAllister! Baharulah diterangkan kenapa dia tak mati masa letupan dan intipati lain yang kabur pada penonton.

Yang penting, aku tahu siapa Red John dan dia memang patut-patutnya mati. Rasanya cukuplah setakat 6 musim The Mentalist bersiaran. Boleh juga dikembang dan disambung dengan cerita Patrick Jane menjadi penasihat kepada FBI. Tapi aku risau ia menjadi makin merepek. Mujurlah Simon Baker itu kacak…Indah juga dipandangan mata 🙂

Simon-Baker

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *