The Hobbit An Unexpected Journey

Hari yang di nanti tiba – tayangan The Hobbit yang dinantikan dengan keterujaan yang tinggi. Bertempat di Spark, MBO menjadi pilihan. Mujur orang tak ramai, dan aku boleh duduk pelbagai bentuk dalam durasi 2 jam 24 minit (sebenarnya lebih..) yang menduga. Mungkin ada masalah dengan reel tayangan, filem ini lewat 15 minit dari jadual asal dan berhenti seketika di minit 2 jam 30 minit kerana masalah teknikal. Aku hargai penonton matang yang ada bersama aku, sekitar 20 orang semuanya yang bertenang dan bersabar dengan masalah yang dialami oleh pengusaha wayang terbabit.

Dari 10 bintang, aku berikan 10 juga. Bukan kerana sepanjang tayangan 100% ia mendebarkan..tidak. Ini trilogy, ada 2 lagi bahagian menanti. Penceritaan filem ini sangat teliti dan menyeluruh. Kerana itu aku sangat berpuas hati dengan 1/3 pertama filem The Hobbit ini.

Filem bermula dengan Bilbo Baggins menceritakan kisah zaman mudanya – 60 tahun dahulu yang penuh dengan pengembaraan dan kisah-kisah lain yang menjadikan Bilbo seorang Hobbit yang banyak pengalaman hidup. Bilbo bersetuju untuk menyertai ‘perjalanan yang tidak dirancang’ atau unexpected journey bersama Gandalf dan 13 orang kerdil ke Lonely Mountain (Gunung Sepi). Untuk filem ini, penekanan cerita didasarkan kepada watak orang kerdil yang kehilangan gunung tempat mereka tinggal kerana ia ditawan oleh seekor naga bernama Smaug.

Ini sebuah filem yang epik, justeru ia memerlukan skor musik yang epik untuk menguatkan emosi penonton dengan filem ini. Seperti kuatnya lagu Lacrymosa diminda pasca menonton filem Pirates of the Caribbean, begitu juga denga lagu Misty Mountains. Bila mana orang kerdil bertiga belas ini berkumpul dan menyanyikan lagu ini, aku rasa itu bahagian yang menyentuh perasaan dan aku sukakan emosi berbaur di situ.

Aku menanti sambungannya tahun depan. Smaug mulai sedar orang kerdil kembali dan mahu menuntut kembali tempat mereka.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *