The History of Modern Warfare

image

Aku sangat sibuk dengan kursus QA sementelah semester baru juga sudah dibuka. Sebagai warm-up kembali menulis,dengan kadar eksaited aku mahu berkongsi koleksi buku terbaru yang masih segar dari ladang aku beli tadi di Kedai Buku Times. Buku ini bertajuk The History of Modern Warfare.

Harga asal ialah RM 118.90 dan aku dapat diskaun ahli sebanyak 50%. Buku bergambar setebal 400 mukasurat ini diolah serupa gaya suratkhabar dan memaparkan semua kisah perang bermula 1847-2000. Teknik penceritaan sangat mudah dan menarik. Dengan gambar pelbagai emosi pembaca akan rasa lebih dekat dengan peristiwa yang dihikayatkan. Jujurnya,aku rasa bersyukur kerana berjaya mendapatkan buku ini yang kebetulan tinggal senaskah dengan harga yang murah.

Kala ini aku hanya sempat membelek dan pembacaan memilih beberapa perang tertentu sahaja yang aku betul-betul baca. Aku penat dan sibuk…sungguh. Bila semua kesibukan ini aku rentas,aku akan menyelongkar semuanya dengan tenang dan penuh konsentrasi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *