The Flash – Season 1

Barry Allen aka The Flash

Aku bukanlah penggemar komik. Marvel dan DC pun baru aku tahu sejak dua menjak terjebak dengan drama bersiri Arrow, Gotham, The Flash (sekadar menyebut beberapa drama yang membuat aku terjebak). Syahdu juga sebab watak-watak dalam Avengers yang aku kenal betul hanya Hulk. Itu kerana zaman kanak-kanak dulu ceritanya ada disiarkan di tv.

Setelah bertabah, terjebak dan menahan menyampah terhadap Iris, diikuti keterujaan melampau setiapkali ada kemunculan khas Arrow dan Snart – maka dapatlah aku simpulkan siri The Flash Season 1 memanglah ohsem!!!

  • Arrow dan The Flash

Crossover yang lejen!

Siri ini menyaksikan beberapa kemunculan khas Arrow dalam membantu The Flash. Of course kelibat Felicity Smoak turut menyemak, tapi lantakkan aje (itu akan dibebelkan jika aku ada masa). Kedua-dua watak ini jika dikerapkan akan membentuk bromance yang ohsem juga sebenarnya.

  • Felicity dan Iris
Felicity Smoak dan Iris West
                              Felicity Smoak dan Iris West

Entah kenapa, kalau adalah watak perempuan yang menyimpan hati perasaan usus dan vertebrata pada pelakon utama, karakter yang asalnya dikasihani bertukar menjadi ‘needy bij’ annoying nak mampus dan pergi jahanamlah engkau.

Walaupun surat khabar masa hadapan memberi gambaran Barry Allen akan berkahwin dengan Iris, perasaan membayangkan Season 2 bibit percintaan mereka boleh buatkan mata aku menjadi mata Tina Fey!

  • Siri ini membuat Hadi terpaksa mengulang beberapa babak untuk memahamkan aku masa lampau, masa kini dan masa hadapan bila The Flash kembali ke masa lampau untuk menyelamatkan ibunya.

Ok, baharu aku perasan apa yang dia nampak jika dia mengubah masa hadapan. Apa terjadi kepada dia sendiri dan apa yang terjadi kepada Dr. Caitlin Snow.

Meh?
                                                                              Meh?
  • Captain Cold aka Leonard Snart
Wentworth Miller
                                                                  Wentworth Miller

Tiada yang lebih ohsem dalam The Flash bila mana salah seorang meta human yang dijejaki ialah Captain Cold, dan ditangani oleh makhluk hensem Wentworth Miller. Kak Benny like like like…

  • Edward Thawne

hqdefault (1)

Dia hanya asam keping dalam seperiuk kecil kuah laksa. Melengkapkan – dan kalau yang ekstrim akan mengunyahnya…, maksud aku asam keping tu.

Bila dia ditangkap oleh Reverse Flash – yang rupa-rupanya ialah cucu cicit dia di masa hadapan, dia diberitahu bahawan Edward Thawne adalah satu-satunya keturunan Thawne yang so so aje.

So bila dia tembak diri sendiri untuk mematikan watak Reverse Flash (kalau dia mati maka tiadalah keturunan masa hadapan) ia adalah satu twist yang sangat logik tapi aku tak terfikirkan! Ok sedih sikit-sikit.

  • Reverse Flash

the_flash_vs__the_reverse_flash__by_camo_flauge-d8fh29x

Aku tak banyak bercakap pasal Reverse Flash. Tapi memang aku terkejut badak bila tahu nama dia ada kena mengena dengan Thawne. Sebab masa tu aku berperasaan entahkan si Eddie Thawne ni jadi jahatlah pulak.


Macam yang aku katakan, aku bukanlah penggemar komik. Aku tak kenal watak-watak ini semua sehinggalah ianya direalisasikan dalm bentuk drama. Untuk bermula kembali mencari komik-komik epik dan membacanya aku terpaksa jatuhkan tangan. Aku tak mampu, masa sangat terhad. Nasib aku baik sebab Hadi boleh dikatakan tahu semua benda yang aku tak tahu – jadi dia pelengkap. Minat dia kemudiannya terjalin menjadi minat aku juga. Menonton drama ini bersama antara salah satu cara kami berkomunikasi.

Jadi sekarang ini aku menjadi penanti The Flash Season 2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

One thought on “The Flash – Season 1”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *