Tetikus Itu Rosak..

image

Dalam setahun entak berapa kali aku beli tetikus. Asyik rosak memanjang.. Tapi beli pun yang cap ayam aje. Nak beli yang mahal kalau rosak menyakitkan hati jugak. Tetikus aku cepat rosak sebab ia selalu terhempas dan dihempas mengikut keadaan trafik.

Bila rosak, Hadi punya tetikus aku gunakan. Dia pun outstation minggu lepas. Jadi secara automatiknya ia tidak dicabut dari komputer riba aku. Tapi tadi dia balik dan masa nak guna komputer riba miliknya, tetikus itu sudah tiada. Ayat tanya yang tepat dilontarkan tadi ialah “kenapa awak suka culik tetikus saya?”

Sebenarnya bukan itu saja yang aku suka culik..Semua barang dan makanan dia aku suka culik. Semuanya menarik dan bercitarasa tinggi. Aku aje tak reti nak membelek benda. Asal bole guna kira okay la tu.

Tetikus kena beli stok spare banyak-banyak macam lilin dan air mineral..Kalau takde masa diperlukan aku bole jadi orang hijau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *