Teringin Kek..

Ia adalah satu hari yang mana aku melihat post rakan-rakan di FB dikala perut tak berapa lapar sangat, tapi tak juga berapa kenyang. Ramai mengemaskini status tentang kesesakan trafik dan ada juga post gambar makanan seperti rendang, kek pulut dan bermacam-macam jenis kek cawan. Itu membuatkan aku rasa teringin untuk makan hatta sekeping kek pun jadilah.

Pantas aku menelefon tuan tabib. Sempat aku menerangkan kategori kek yang aku mahu. Ia mesti mempunyai icing – kalau tiada yang sekeping-sekeping belilah kek kecil untuk kanak-kanak tu.

Menjelang senja sedang aku terkocoh-kocoh di dapur, tuan tabib pun balik.  Bila kala aku ke ruang tamu, sekotak kek macam nak sambut majlis kesyukuran sudah ada di atas meja.

“You nak kek, so i beli kek..”

Aku rasa nak tepuk dahi bercampur terharu. Kek 1kg Blackforest untuk aku malam ini. Terima kasih tuan tabib. Kalau aku mintak KFC tak pula satu barel di bawa balik 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *