Terima Kasih Atas Penghargaan..


Kadang-kadang, kita buat kerja dan mengharapkan kerja itu mendapat balasan.

Kadang-kadang juga, kita buat kerja dan tak mengharapkan apa-apa.
Selalu, aku buat kerja dan mengharapkan tidak ada masalah teknikal dan penerbitan yang akan timbul…Serius!

Aku banyak buat siaran besar tahun ini. Ia adakalanya/selalunya menyebabkan masa untuk menulis terbantut. Kalau pun ada masa, aku tak mahu tulisan itu nanti mengecilkan hati pihak-pihak yang pernah berurusan dengan aku. Percaya atau tidak, cantik diluaran kadangkala masalah-masalah sebelum siaran menyebabkan aku memangkah beberapa muka yang cakap aje pandai…Hasil memang ado!

Menyelaras 3 sambutan Merdeka, termasuk Perayaan 1Malaysia memang meninggalkan sejarah dalam hidup aku yang boleh dikategorikan ‘nobody’. Sambutan Kemerdekaan ke-53 di Bukit Jalil 31 Ogos lalu antara yang terbesar yang pernah aku bayangkan, berjaya aku terbitkan dengan jayanya. Menyelaras Perayaan 1Malaysia di Kota Kinabalu juga begitu. Di kala orang lain masih berjengga-jengga di pagi Syawal aku dan krew RTM Sabah sibuk dengan persiapan siaran langsung. Banyak yang berlaku – aku simpan saja sebab kalau korang tengok di TV jelas nyata masalahnya apa.

Untuk itu, aku sangat berterima kasih kepada Datuk Tiger atas sijil penghargaan yang diberi. Kalau ikutkan, aku menolak dan malu untuk menerimanya atas sebab-sebab yang dinyatakan. Kerana Menteri pun menyedari ‘kepantasan bertindak’ oleh SEMUA yang terlibat, aku naik juga menerima sijil mewakili team penerbitan.

Apapun, terima kasih sekali lagi..
terima kasih Menteri,terima kasih Datuk KP, terima kasih RTM dan terima kasih kesemua krew RTM Sabah yang terlibat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *