Tengok Bunga Api..

image

Minggu lepas, kami sekeluarga ke Putrajaya utk menyaksikan Pesta Bunga Api Antarabangsa 2013. Berbekalkan 50 cucuk sate, cadangnya aktiviti ini dibuat bersama rakan-rakan Hadi yang lain. Disebabkan trafik yg mcm cilanat di MRR2, kami tersangkut hampir 2 jam. Oleh itu, pertemuan bersifat gagal, namun kami berjaya mendapat port yang selesa untuk menyaksikan persembahan bunga api dari negara Perancis.

Tikar dibentang. Tilam anak dihampar. Sate dibaham secucuk dua dan aku memegang Eskandar Dzulkarnain. Kemudian baru aku tersedar. Eh, tidakkah melalak budak nie dengar meletup-letup waktu malam begini?

Well, dia langsung tidak meragam. Memerhati langit seolah memahami. Bila dibaringkan ditilam, dia rileks dan itu menjadikan kami sekeluarga menikmati persembahan dengan aman.

Itu juga rakaman memori aku dan ED menghabiskan malam bersama….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *