Temu : Kalau Tak Kenal Alamat Pupus Ulam Ini..

Temu Pauh

 

Aku bukannya manusia yang gemarkan rumput-rampai dan ulam-ulaman bagai. Setakat petai, jering dan kerdas itu boleh aku gagahkan. Tapi yang lain-lain memang agak berat untuk aku cuba makan, meskipun berkali-kali tuab tabib gesa kerana ianya baik untuk kesihatan.

Temu ini kisahnya aku mula berkenalan dengannya ketika majlis tahlil arwah abah. Ketika itu adik beliau membawa lauk-pauk disusuli dengan ulam yang baru aku tahu, temu namanya. Rupa paras temu seperti halia. Rasanya tidaklah pula seperti halia, kadangkala kelat dan tawar, ada pendapat mengatakan pedas. Menurut makcik aku itu, arwah abah gemarkan ulam ini. Itu menyebabkan aku mencuba dan menghargainya. Tolak ketepi apa khasiat temu kerana ketika itu aku hanya mahu hargai apa yang arwah abah hargai.

Hari ini aku balik ke rumah mama kerana aku sudah berhajat membawa dia bercuti. Mama minta kami makan dahulu dan kemudian dia mengeluarkan satu plastik temu.’Eh, temu…’ kataku sedikit terperanjat. Sudah beberapa tahun aku tidak menjamah ulam ini. Kalau nak cari kena ke pasar tani. Itu aku tidak rajin.

Adalah beberapa ulas aku makan disulami dengan rendang daging dan kentang berlada. Terasa panas seketika perut. Temu dipercayai boleh membuang angin dalam badan dan mengecutkan rahim. Temu pauh juga dikenali dengan nama lain iaitu temu mangga. Ok, fakta itu baru aku google.

Mama ada menanam temu. Ia sudah mula tumbuh segar dan aku mohon tanamlah banyak lagi. Bila rumah aku di Bandar Saujana Putra dan Tangga Batu Perdana siap aku mahu tanam di situ juga-bersama-sama dengan longan, kunyit, serai dan apa juga yang mudah aku keluar rumah petik dan masak!

 

Temu, Sambal Kelapa, Kentang Berlada, Nasi Putih dan Kicap..Memang formalin!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Replies to “Temu : Kalau Tak Kenal Alamat Pupus Ulam Ini..”

  1. First time tengok ‘ temu ‘ (tak pernah jumpa benda nie) argghhh dah lama hidup pun baru hari nie tengok)
    tq coz ada info menarik utk dikongsi…

  2. temu ni khasitnya bukan sahaja melancarkan pjlnn darah dan mengecutkan rahim malah bolh membantukan petumbuhan sel2 kanser dan chyst…boleh baca atau beli buku yg btajuk khasiat tumbuhan herba yg byk di jual di kedai2 buku spt mph dan popular utk lbih detail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *