Temu Duga : “Sebenarnya Hanya Formaliti”

 

Selamat berhujung minggu. Drama sebabak ini berkaitan dengan temu duga. Selamat membaca sambil minum segelas neskepe panas. Semoga tak tumpah kena kat kibod tuan dan puan.

Panel : Terima kasih atas kesudian hadir ke sesi temu duga ini. Sebelum bermula, saya mahu kamu semua berlapang dada dan bersyukur kerana Malaysia masih aman. Kami sebenarnya sudah mempunyai calon untuk mengisi kekosongan yang ada. Ini sebenarnya hanyalah satu formaliti semata-mata. Jadi janganlah berkecil hati sekiranya tuan dan puan tidak ditawarkan kerja ini nanti.

Dalam 100 orang, 15 sudah tinggalkan premis tempat temu duga berlangsung. Aku masih duduk mengukir senyum ikhlas tapi jauh. Kalau tak sebab menjaga imej dan kesucian jiwa, sudah lama aku gunakan twitter untuk mengutuk panel yang berucap seperti mengutuk Israel menyerang Gaza.

Jadi acara berlangsung seperti yang telah disuratkan. Giliran pun tiba. Panel mengulang kembali perkara yang sama dan aku tetap tersenyum menghormati beliau yang sebenarnya terikat dengan dialog nukilan penulis-penulis skrip jajahan takluk dewata yang ampuh berselirat kabel warna hijau, merah dan kuning.

 

 

Panel : Jadi Puan maklum ini hanyalah formaliti sahaja.

Aku : Saya maklum. Saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya pada tuan untuk menjayakan formaliti ini. Memang hobi saya menghadiri interview sebenarnya.

Panel : Jadi boleh tak Puan ceritakan pengalaman dan kehebatan Puan supaya saya boleh berpura-pura berminat dan berpura-pura mengambil nota?

Aku : Boleh, tiada masalah. Saya memang gemar mencanangkan kehandalan saya dan pengalaman saya yang menggunung itu. Itu belum masuk sijil-sijil penghargaan oleh menteri itu, KP ini dan sijil pendidikan yang saya terima memandangkan saya terlebih yakin pula saya layak untuk kerja yang ditawarkan.

Panel : Jadi apa pendapat Puan tentang sistem itu dan ini untuk penambahbaikan perkhidmatan dan bla bla bla untuk menambah pendapatan berkapita bla bla bla haaaark tuuih?

Aku : Baguuuus….baguuss baguuus kipas kebas bagus setuju belaka haaar tuuih jugak.

Panel : Jadi ada cadangan utk memperbaiki imej sarikat di mata dunia dan di bontot Marikh?

Aku : Ada…teruskan amalan sebegini. Formaliti ini bagus. Ia langsung tidak membazirkan masa dan duit calon yang hadir. Siapa cakap macam tu memang dia bodoh dan patutlah tiada dalam formaliti ni. Duit yang mereka keluarkan itulah dijana untuk pertumbuhan ekonomi negara dengan menuang petrol ke lokasi ini, membayar tol walaupun terpaksa bersesak-sesak. Mereka tak berfikiran positif..Mereka tidak percaya pada kuasa tuhan dan kuasa dragon ball yang ada 7 bijik semuanya.

Panel tersenyum mendengar jawapan aku yang jujur, yakin dan tepat ke sasaran. Jauh disudut hati mereka merintih kerana menjadi sebahagian yang terlibat melaksanakan formaliti itu. Kalau boleh, mereka hendak berhenti kerja dan berikan jawatan mereka pada aku. Orang macam aku ini dilepaskan dengan formaliti juga.

Bersilatlah kami mengikut formaliti. Ada yang 5 minit. Ada yang 15 minit. Ada juga yang 30 minit. Yang 30 minit tu konfiden nak mamp** akan dapat kerja yang ditawarkan.

****

Balik aje dari temu duga itu, aku terus ke Yamaha Muzik dan membeli satu set drum, satu gitar bass dan satu gitar lead. Aku sebagai vokalis dan pemain ukulele, suami bermain drum, Eskandar dan Ezzudin main gitar dan kami jamming lagu Five Little Monkey. Kumpulan ini dinamakan ‘The Formality….’

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *