Tempurung..

 

Pada hemat aku, dia masih mempunyai bahan untuk disajikan. Tapi kemelut duniawi yakni politik kemelayuan menyebabkan dia menyendiri. Mungkin hanya dikongsi dikedai Pelita atau yang bertuah berjumpa dan bertanya.

Aku yakin dia akan kembali..Kembali dengan satu lagi satira yang menghiburkan mereka yang menjengah. Aku sudah tidak mahu bertanya kerana aku tahu jawapan pada soalan yang aku tanya. Paling tidak, tebakan yang dibuat kalau 10, 8 pasti kena.

Jujurnya, tempurung aku juga serabut. Tapi aku gagahkan kerana aku telah berjanji dengan diri aku sendiri yang duit hosting yang dibayar saban tahun harus berbaloi. Ada matlamat dan pemangkin dalam keterpaksaan. Aku yang pilih pun.

Bukan senang nak menulis, tapi senang untuk membebel. Namun bebelan dengan garapan yang kemas mampu membuatkan sang penulis terasa ketenangan jiwa. Cubalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *