Teleport Sahaja Bila Perlu

Sudah lama aku tidak bergelak ketawa dengan sesungguhnya, ikhlas dan rasa berbaloi. Dalam kehidupan aku yang mandom ini, ada paling tidak 5 orang manusia yang kalau aku duduk bersembang dengan diorang, aku akan rasa setiap baris adalah punchline dan akhir pertemuan – aku akan rasa betapa perlunya aku mengulang sesi ini paling tidak beberapa bulan sekali.

Semalam, aku melepak dengan Farah yang kali terakhir kami berjumpa kalau tak silap September tahun lepas. Punya lama tak jumpa, pastinya banyak cerita yang akan melatari perbualan kami.

Of course kisah-kisah semasa kami buat Masterji dulu akan keluar, hal politik semasa, hal peribadi, Palestine, cult leader, Pol Pot, Somalia, economic warfare dan cerita-cerita lain yang jarang aku bualkan kalau tak kena regu. Dengan Farah, aku boleh sembang apa saja dengan biadap dan santai.

Dalam banyak-banyak cerita, pastinya kisah kembara kami ke India akan keluar. Aku sendiri banyak terlupa insiden-insiden lucu yang kononnya aku nak tulis, sampai hari ini aku lupa. Antaranya kisah hotel ala-ala filem The Shining, kisah beg kembara aku yang setiap kali melintasi mesin imbas di lapangan terbang di India, pasti akan diselongkar kerana mereka nampak ada sesuatu yang mencurigakan. Apabila beg itu dipunggah, tak ada apapun yang diorang kesan. Juga kisah nombor 786 dalam passport aku yang telah memudahkan urusan aku di lapangan terbang Srinagar dan perkongsian bajet dan itinerary aku sepanjang lebih 2 minggu di India. Nanti-nantilah…

Apa yang sangat memberi kesan pada aku dalam sesi trobek kami semalam adalah tempat yang paling kami ingat atau rasa tenang semasa di India. Bagi Farah, Kargil adalah lokasi yang paling dia ingat di sana. Kargil hanyalah stop over kami satu malam sahaja. Dari Srinagar, kami menaiki bas selama hampir 8 jam dan berhenti di Kargil. Esoknya, bas akan menyambung perjalanan untuk ke Leh.

Benar…Kargil cantik dan menenangkan. Hotel kami, didepannya ada satu sungai dan berlatarbelakangkan gunung. Farah mungkin bahagia di situ tetapi tidak bagi aku.

Dari stesen bas, kami berjalan hampir 30 minit mencari hotel. Hotel The Shining tu, kat Kargil inilah kisahnya. Kebetulan hari itu diadakan sambutan Awal Muharram. Boleh pulak takde langsung pekerja hotel berkerja hari itu. Kami dapat kunci bilik pun, diberikan oleh tetamu hotel yang sudah 10 hari duduk di hotel itu. Nasiblah jumpa orang baik. Kalau jumpa penyamun, tak ke naya kami berdua sahaja di situ.

Itulah satu malam yang aku tak makan apa-apa sebab kedai semua tutup. Malam itu juga aku baran sebab entah entiti mana tutup wifi. TV ada tapi satu channel pun tak ada. Satu benda yang buat aku rasa lega di sini ialah ada air panas yang betul-betul panas untuk mandi. Aku tak ingat suhu di sana berapa, tapi memang sejuk giler.

Sedar tak sedar, sudah 8 para korang baca. Ini baru aku nak masuk cerita tempat yang aku rasa tenang, bahagia dan selesa sepanjang tempoh kembara aku di India. Secara spesifiknya, Hotel Kusyu di Leh dalam keadaan bersarapan pagi dan menghadap jajaran Himalaya. Inilah lokasinya…setiap lekuk Himalaya, warna awan dan perasaan yang aku rasa, semuanya aku ingat – setiap inci!

Satu-satunya point tak best di sini ialah masa kami di sana, wifi problem seluruh kawasan Leh kerana ada masalah teknikal. Yang lain – perfect! Mungkin kerana 2 malam kami di sini. Jadi aku terlebih welcome keberadaan aku di sini.

Setiap kali aku belek gambar-gambar di Leh, aku terasa mampu teleport diri aku ke sana dan aku tenang seketika. Ini antara happy place yang pernah aku sampai. Aku tak akan lupa lafaz-lafaz syukur yang pernah aku ucap kerana berpeluang menatap permandangan yang sangat indah di sini.

Di sini juga titik mula pertemuan aku dengan Karma Sonam. Oh, hari ini hari jadi dia. Happy birthday, brotherĀ ??

Setiap kali aku dengar lagu Atif Aslam, secara automatik aku akan teleport ke Leh, Nubra Valley atau Pangong Lake. Aku boleh tempatkan diri aku dalam kereta Karma kerana ini antara lagu yang kerap dia pasang setiap kali tayar golek.

Tempat-tempat ini dan kenangan yang ada tak akan aku lupa. Ada ketika aku teremosi bila dengar lagu Jab Koi Baat Bigad Jaye sebab aku boleh recall laluan kereta sewa kami menyusur pergunungan pelbagai tona warna, sungai yang panjang dan salji-salji yang mengiringi kembara kami.

Sumpah rindu!

Pejamkan mata…teleport sahaja bila perlu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *