Tahniah,Badak!

Bulan Julai nie sebenarnya bulan menunggu dan bulan celebration.Banyak benda yang aku tunggu dan banyak hari lahir keluarga dan rakan-rakan yang bakal aku raikan.

Dari minggu lepas aku menunggu dari satu tarikh ke satu tarikh. Dan semalam satu dari penantian itu telah usai.

Makanya hari ini aku berani men’tahniah badak’kan diri aku. Tahniah,badak! Secara ringkas, beginilah. Aku sudah berjaya mendapat tawaran menyambung pelajaran diperingkat sarjana di salah satu IPTA. Dalam pada masa yang sama aku menunggu jawapan dari 2 lagi tempat di luar negara. Juga ada tawaran kerja di kota romantik yang setakat pagi nie aku dah tak berapa eksaited dengannya..

Lepas ini aku hanya menunggu keputusan cuti, Hadiah Latihan Persekutuan dan keputusan B 44. Yang akhir sekali tu bukan sebab aku tak percayakan takdir tuhan,tapi lebih kepada aku tak percaya manusia.

Tahniah,badak! (Aku tak tahu kenapa bila sebut tahniah kena disusuli dengan badak. Menurut sumber pertama,takde binatang lain yang sesuai…)

Posted with WordPress for BlackBerry.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 thoughts on “Tahniah,Badak!”

  1. alhamdulillah..tahniah kpd badak..:) yg kt obersea tu pon lanjutkn pelajaran ker? bestnyer..all da bess utk badak kiut..*__^

  2. Yg obersea tu satu unibersiti satu lagi TV station luar..mengenangkan kebobrokan yg ada mmg rasa give-up tp kecintaan pada kerja tu tinggi..tunggu ajelah senarai 44 tu yg mcm suram aje cahayanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *