Tahniah! Nombor IC Anda Terpilih…

Siapa tak goyah tiba-tiba dapat surat cakap “anda merupakan finalis untuk memenangi RM150,000.00 / banglo berkembar 3 1/2 tingkat atau sebuah Hummer?” Samalah…aku pun sama.

Tapi sedar…rezeki takkan datang bergolek atau menggolek. Kalau tak tanam pokok cili, tak merasalah nak makan cili tanaman sendiri. Kalau beli cili dekat kedai tu lain cerita.

Jadinya Jumaat nan bening ini tiba-tiba pula dapat kiriman pos. Entah siapa yang kasi pun tak tahu. Nak kata ada beli barangan secara dalam talian, takde pulak. Dengan gopoh aku koyakkan sampul surat itu.

Alangkah alangkah alangkah terkejutnya beta..tiba-tiba dia maklumkan ada merupakan Finalis Hadiah Utama dan boleh memenangi RM150,000.00 secara tunai – siap bank-in dalam akaun lagi kalau aku menang..Kalaulah 🙂

Tapi ada tangkapan juga di situ..Aku kena membeli barang daripada katalog yang mereka bekalkan dalam sekian-sekian nilai. Baharulah aku layak untuk dipilih. Itupun akan melalui ketetapan sebulat suara Jawatankuasa Pemilihan Best Product entah bila-bilanya bersidang. Mudah betul….mesyuarat LPA pun memanjang bertangguh.

Nampak tu “Jika anda dipilih…”
Nampak atas tu, “sekiranya….”

Ok la..setakat nak beli barang – kot barang tu boleh guna kira beli untuk nak guna ajelah dulu. Menang belum tentu. Lepas itu aku lantas membeleklah katalog yang disertakan sekali bersekali dengan tahniah itu, tahniah ini…tapi kena membeli untuk melayakkan tengkorak aku menang duit itu.

Serius giler,berapa kali aku setankan nilai harga yang ada. Inikah caranya untuk meniaga? Sudahlah contact number aku entah mana-mana korang dapat. Sampai hati korang suruh aku berbelanja barangan yang tak seberapa dengan nilai yang macam itu. Sebagai contoh, ubat resdung bersepah kat Langkawi yang boleh dapat antara RM10-15 sebotol dah jadi RM39! Aku beli 4 bulan lepas, jenama yang sama secara dalam talian untuk Hadi – 2 BOTOL dah campur dengan upah pos pun jumlahnya dalam RM28! Kau rasa?

Cincang Chop pun aku dah beli..dalam RM15 harganya. Aku guna 2 kali pastu pecah dah terus aku tong sampahkan and yet nak suruh aku beli dengan harga RM69! Mudah betul nak meniaga, mudah betul nak kaya. Betul ke tak betul aku tolak tepi dulu. Tapi penipuan harga memang tiada toleransi.

Tak dapat aku bayangkan orang yang sanggu berbelanja kurang dari RM200 untuk standard barang yang boleh dapat kat kedai RM2 tau kedai barangan Thailand yang melonggok tepi mana-mana shopping mall.

Terus masuk tong sampah! Tak best langsung…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *