Tahniah, Ekin!

Gambar ramai-ramai
Gambar ramai-ramai. Kalau dibiarkan lebih lama si Ezzudin tu mahu tarik tudung pengantin..

Sebelum catatan ini meluncur jauh, aku ingin mengucapkan tahniah badak dan Selamat Pengantin Baharu buat Ekin dan suaminya, Aul. Semoga ikatan yang dibina ini terpelihara selamanya dan kalian berdua selamat melayari alam rumah tangga siling kitchen kabinet dan objek-objek lain bersama.

Aku dan keluarga datang awal ke majlis itu. Memang kami ni kalau majlis beramai-ramai cenderung datang awal. Satu sebab mudah nak park kereta. Duanya sebab cepat sampai, makanya cepatlah balik. Bawak budak berdua tu mana mampu nak berlama-lama. Sebelum mereka mula berorkestra dengan simfoni yang mensyahdukan pendengaran, baiklah kami beredar dahulu.

Tapi wedding Ekin lain. Satu exception bukan sahaja pada diri aku, malah pada kawan-kawan lain yang mengendong ‘beg tangan’ yang lain (aku rasa pelik juga istilah beg tangan ni). Walaupun masing-masing cuba menahan sabar dengan kerenah yang ada, tapi demi kawan seorang ni semuanya bertabahlah nak…

Budak baju kuning tu dah mula nak bertukar jadi Power Rangers sebenarnya
Budak baju kuning tu dah mula nak bertukar jadi Power Rangers sebenarnya

 

Kalau tak silap semua ni 1 Bestari bersama hehehe...
Kalau tak silap semua ni 1 Bestari bersama hehehe…

 

Meriah..
Meriah..

Agak sedih juga sebab aku tak sempat bergambar berempat bersama dengan Ekin, Bjan dan Nana. Itu sebenarnya peluang untuk kami memperbaharui gambar kami berempat. Tapi apa nak buat..Group shot pun ok. Apapun buat Maslina, maafkan aku menculik gambar-gambar dalam posting ini sebab aku takde masa nak pegang handphone *nangis 12 km

Juga kepada kawan-kawan lain yang bertahun-tahun tak jumpa. Ada tu sejak habis SPM tak pernah jumpa! Bapak lama. Kita ni kalau tak majlis reunion atau raya berjumpa mesti selisih di mana-mana majlis perkahwinan.

Congrats Ekin and Aul…!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *